HomeUtamaTKM lawat tapak Projek Patung Mazu

TKM lawat tapak Projek Patung Mazu

Read Time:59 Second

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP), Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam telah mengadakan lawatan ke tapak projek Patung Mazu dan secara peribadi, beliau menyokong usaha untuk meneruskan pembinaan Patung Mazu di Kudat.

“Secara peribadi, saya menyokong usaha ini kerana saya yakin ia memberikan manfaat yang begitu baik sekali kepada rakyat di Kudat  dan seterusnya memberi nilai tambah kepada industri pelancongan negeri ini.

“Patung ini bakal menjadi satu lagi tanda mercu sekaligus menjadi daya tarikan pelancongan di daerah tersebut,”kata Dr. Joachim.  

Turut bersama beliau semasa lawatan itu ialah bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Chong Kah Kiat yang juga merupakan penasihat kepada projek pembinaan patung itu, para pemimpin setempat yang terdiri daripada Ketua Daerah, Ketua-ketua Anak Negeri (KAN), Wakil Ketua Anak Negeri (Wkan) dan Kapitan-kapitan Cina.

Sebelum ini, pada tahun lalu Pengarah Eksekutif Kim Teck Cheong Consolidated (KTC) Berhad, Datuk Dexter Lau pernah berbincang dan memohon agar kerajaan dapat meneruskan pembinaan patung Mazu itu.

Sementara itu, Dexter berkata, pihaknya memberikan sokongan padu kepada semua pihak yang terlibat sama dalam membina Patung Mazu.

Terdahulu, Dr. Joachim telah menyaksikan Upacara Angkat Sumpah Ahli-ahli Lembaga Bandaran Kudat.

RELATED ARTICLES
Utama

Mangsa samun ditetak, patah tulang, luka lengan kanan dan kiri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya