HomeUtamaKPDN jamin bekalan ayam, telur mencukupi sepanjang Ramadan hingga menjelang Aidilfitri

KPDN jamin bekalan ayam, telur mencukupi sepanjang Ramadan hingga menjelang Aidilfitri

Read Time:59 Second

BERNAMA

Putrajaya : Bekalan ayam dan telur ayam dijamin mencukupi sepanjang Ramadan sehingga menjelang perayaan Aidilfitri, demikian menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

KPDN dalam kenyataan semalam memaklumkan pengeluar ayam dan telur ayam menerusi Persekutuan Persatuan Penternak-Penternak Malaysia (FLFAM) telah memberi jaminan bahawa bekalan ayam dan telur ayam adalah mencukupi.

KPDN juga telah mengadakan libat urus bersama Kementerian Kewangan, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia serta pihak pengeluar yang diwakili FLFAM bagi memastikan isu bekalan dan harga ayam dan telur ayam dapat ditangani secara holistik, katanya.

“Pihak pengeluar juga telah menyatakan komitmen bahawa mereka akan bekerjasama dengan pihak kementerian bagi menangani sebarang isu gangguan bekalan ayam dan telur ayam di dalam negara dengan menyalurkan segera bekalan ke mana-mana lokaliti yang mengalami gangguan,” katanya.

Menurut kenyataan KPDN itu, berdasarkan statistik penguatkuasaan berhubung pelaksanaan Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam bagi tempoh 5 Feb 2022 hingga semalam, kementerian telah melakukan 183,047 pemeriksaan di seluruh negara dan menghasilkan 2,711 kes dengan nilai kompaun berjumlah RM482,400.

Antara kesalahan yang dikesan adalah menjual melebihi harga kawalan, kegagalan mematuhi penandaan harga serta kesalahan lain, menurutnya. – BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

Jual paku simen 20 sen sebatang, peniaga warga asing terima notis...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular