HomeSukanSabah FC gagal tembusi kubu Harimau Selatan

Sabah FC gagal tembusi kubu Harimau Selatan

Read Time:1 Minute, 51 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Iskandar Puteri : Sabah FC gagal untuk menembusi kubu Harimau Selatan apabila tewas 4-0 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim di sini malam ini.

Sebaik babak pertama dimulakan, tuan rumah mula mengatur serangan dengan beberapa percubaan awal namun berjaya dipatahkan pertahanan Sabah FC.

JDT hampir mendahului perlawanan apabila pemain tuan rumah Oscar Pasero Arribas membuat percubaan namun sepakannya sedikit tersasar pada minit kedua perlawanan.

Tujuh minit berselang, JDT sekali lagi menerusi pemain import Fernando Forestieri membuat percubaan menerusi sepakan didalam kotak penalti namun sekali lagi tersasar ke tepi gawang Sabah FC pada minit ke-9 perlawanan.

Penyerang tuan rumah, Arif Aiman tidak menunggu lama untuk menjaringkan gol pertama selepas berlaku keadaan kelam kabut dalam kotak penalti Sabah pada minit ke-20 menjadikan kedudukan berubah 1-0.

Sabah FC berpeluang untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-36 menerusi tandukan Gabriel Peres yang sebelum itu menerima bola hantaran sepakan sudut yang dilakukan Jailton Paraiba namun tandukannya tersasar ketepi gawang JDT.

Dua minit berselang, pemain tuan rumah Juan Muniz berjaya menambah gol kedua JDT dari jarak jauh selepas menerima bola hantaran Diogo luis Santo pada minit ke-38 seterusnya menewaskan penjaga gol Sabah FC Khairul Fahmi Che Mat.

Tamat masa rehat, Sabah FC mula membuat serangan secara pantas ke gawang JDT dengan membuat percunaan bagi mencari gol pertama skuad Badak.

Pemain kebangsaan Stuart Wilkin cuba untuk mendapatkan gol pertama Sabah dengan membuat rembatan dari luar kotak penalti namun sepakannya tinggi melewati palang gol JDT pada minit ke-67.

Sabah FC sekali lagi dihukum dengan gol ketiga menerusi jaringan Syahmi Safari pada minit ke-81 selepas menerima bola hantaran Arif Aiman menjadikan tuan rumah mendahului 3-0.

Berselang seminit kemudian, penyerang Sabah FC Mohd Amri Yahyah hampir menjaringkan gol pertama Sabah pada minit ke-82 menerusi sepakan jarak jauh namun berjaya ditepis keluar penjaga gol Ahmad Syihan Hazmi.

Sekali lagi, JDT tidak membiarkan peluang yang ada dengan menambah gol keempat perlawanan menerusi jaringan Fernando Forestieri pada minit ke-89 selepas menerima bola hantaran lintang Corbin Ong.

Kedudukan 4-0 itu kekal sehingga tamat perlawanan selain JDT terus kekal mendahului kedudukan liga dengan mengutip 18 mata. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Pasukan futsal lelaki Sabah sasar juara pada Sukan MAKSAK 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya