HomeIsu tempatanTiga rumah musnah dalam kebakaran di Tawau

Tiga rumah musnah dalam kebakaran di Tawau

Read Time:43 Second

TAWAU: Satu kejadian kebakaran telah memusnahkan tiga buah rumah jenis tidak kekal di Kampung Tawau Lama, Batu 2 dekat sini pada Khamis malam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 8.26 malam pada Khamis (30 Mac).

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tawau tiba ke lokasi kejadian mendapati kebakaran melibatkan tiga buah rumah jenis tidak kekal.

“Sebuah rumah ukuran 50×50 kaki persegi dan dua buah rumah 30×30 kaki persegi telah terbakar 100 peratus.

“Tindakan pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman dua aliran melalui sumber air pili bomba manakala Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Titingan menggunakan sumber air jentera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, operasi terkawal pada jam 9.16 malam dan overhaul dijalankan didapati tiada mangsa terlibat, seterusnya operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.10 malam.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

KAFA UMS komited fokus kemenjadian murid seimbang ilmu, adab dan sahsiah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya