HomeIsu tempatan369 penduduk terima sumbangan menerusi Program Sentuhan Kasih Ramadan

369 penduduk terima sumbangan menerusi Program Sentuhan Kasih Ramadan

Read Time:1 Minute, 7 Second

Lahad Datu : Seramai 369 penerima dari dua buah kampung di sini menerima sumbangan menerusi pelaksanaan Program Sentuhan Kasih Ramadan Segama Harmoni.

Program yang dilaksanakan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Segama itu merupakan sebahagian program yang dirangka bagi membantu masyarakat, khususnya golongan yang memerlukan.

Antara kampung yang terlibat ialah Kampung Wawasan I dan Kampung Wawasan II. 

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Segama, Mizma Appehdullah berkata, program itu juga adalah sebahagian dari komitmen UPPM Segama dalam merealisasikan konsep ‘Malaysia Madani’ dan ‘Sabah Maju Jaya’.

Katanya, program yang dilaksanakan itu juga adalah bagi membantu dan berkongsi rezeki dengan masyarakat agar sama-sama dapat menjalani ibadah puasa dengan baik.

“Selaras dengan konsep Malaysia Madani dan Sabah Maju Jaya, kita di UPPM Segama berusaha untuk menyantuni masyarakat dari semua golongan dan menghulurkan bantuan semampu mungkin kepada mereka.

“Kebajikan dan kesejahteraan masyarakat menjadi keutamaan kami dalam melaksanakan program agar masyarakat mendapat manfaat,” katanya ketika ditemui pada program itu di sini hari ini.

Mizma berkata, sumbangan yang disampaikan itu diharap sedikit sebanyak dapat meringankan beban penerima, khususnya pada bulan Ramadan ini.

Katanya, program seumpama ini sangat bertepatan dengan konsep ‘Rahmah’ dalam Malaysia Madani dimana mereka dapat berkongsi kelebihan yang ada dengan golongan yang kurang berkemampuan.

“Selepas ini, kita akan meneruskan lagi program sama di lima buah kampung agar mereka yang kurang berkemampuan dapat turut dibantu khususnya di bulan Ramadan ini,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Orang ramai dipelawa hadir meriahkan Pesta Kaamatan Penampang 22 Mei ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular