HomeUtamaTiga lokasi Bazar Ramadan Rahmah disediakan di Sabah

Tiga lokasi Bazar Ramadan Rahmah disediakan di Sabah

Read Time:1 Minute, 21 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Tiga lokasi Bazar Ramadan Rahmah (BRR) di negeri ini disediakan kepada masyarakat setempat bagi memperoleh juadah berbuka puasa pada kadar harga berpatutan sepanjang bulan Ramadan.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri  Dan Kos Sara Hidup Negeri (KPDN) Sabah Georgie Abas berkata, tiga lokasi tersebut adalah masing-masing di Kota Kinabalu, Putatan dan Tawau.

Katanya, BRR merupakan sebuah inisiatif terbaru kerajaan bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat dengan menyediakan pilihan hidangan untuk berbuka puasa pada harga murah dan berpatutan.

“Ini termasuklah dengan menggalakkan peniaga menyediakan kepelbagaian konsep penyediaan makanan atau produk yang seimbang berteraskan Menu Rahmah kepada pengunjung yang hadir ke Bazar Ramadan pada tahun ini.

“Antara kriteria BRR adalah di mana terdapat peniaga yang menawarkan Menu Rahmah, lokasi yang menjadi tempat tumpuan rakyat dan menggalakkan kadar sewa Rahmah serta berpatutan kepada peniaga berdasarkan lokaliti.

“Inisiatif BRR ini dilaksanakan secara kerjasama strategik di antara KPDN dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau swasta tanpa melibatkan sebarang implikasi kos kepada kerajaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Georgie berkata, antara lokasi terlibat ialah di BRR Lintasan Deasoka, Kota Kinabalu; BRR Hadapan Sabindo Plaza, Tawau; dan BRR Juara Sport Arena Ketiau.

Katanya, KPDN Sabah turut melaksanakan Program Advokasi Kepenggunaan di ketiga-tiga BRR tersebut menerusi Kuiz Kepenggunaan dan edaran risalah kepada para pengunjung bazar.

“KPDN Sabah ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada PBT dan rakan strategik dari pihak penyedia perkhidmatan e-wallet (Touch ‘n Go & Boost) serta semua pihak yang terlibat di atas komitmen menjayakan inisiatif BRR ini bagi membantu golongan yang memerlukan di samping meningkatkan pendapatan para peniaga di sini,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular