HomeIsu tempatanPengusaha biskut raya guna media sosial promosi produk

Pengusaha biskut raya guna media sosial promosi produk

Read Time:1 Minute, 45 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Ruangan Bazar Ramadan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) terus menjadi antara lokasi tumpuan jualan biskut raya khususnya menjelang Hari Raya Aidilfitri pada setiap tahun.

Meskipun baru memasuki dua minggu umat Islam berpuasa, namun para peniaga tetap bersemangat untuk mempamerkan produk biskut yang mula dibuka seawal jam 7 pagi hingga 6 petang setiap hari.

Antara jenis biskut yang dijual termasuklah biskut tradisional seperti kuih sapit, kuih cincin, kuih jala selain beberapa biskut lain seperti tart nenas, makmur dan beberapa biskut import dari Semenanjung.

Bagi peniaga, Mohd Hairol Ahmad,24, berkata, meskipun masih terlalu awal namun mereka tidak berputus asa untuk menarik pelanggan menerusi iklan yang dibuat menerusi media sosial seperti Facebook dan TikTok.

“Dalam beberapa minggu ini, belum lagi ramai dan mungkin dalam seminggu dua lagi barulah pembeli akan datang untuk membuat persediaan raya.

“Dari segi promosi, kami akan buat iklan di Facebook dan TikTok agar orang luar dari Kota Kinabalu khususnya tahu mengenai lokasi ini untuk membeli biskut raya dan sudah pasti diakhir nanti kami juga akan buat promosi termasuk membuat lelongan produk,” katanya.

Antara produk biskut yang dijual Mohd Hairol adalah seperi Biskut Johor dan pelbagai biskut yang dibuat sendiri oleh keluarga.

Sementara itu, bagi Aisyah Joseph Abdullah,40, yang telah berniaga hampir tujuh tahun mengakui sambutan yang diterima amat menggalakkan selain turut menerima tempahan dari luar.

Katanya, antara produk popular yang dijual adalah biskut Bepang yang dibuat dalam pelbagai variasi sebanyak enam perisa.

Aisyah Joseph Abdullah

“Sambutan amat menggalakkan sebab tempahan diluar pun sudah mencecah 2,000 balang jadi sekarang kami buat di MUIS yang turut dibantu oleh Pusat Zakat Sabah menerusi program pembangunan asnaf MUIS.

“Gerai ini dikumpul untuk usahawan zakat asnaf dan ini bukan kali pertama Zakat Sabah menyediakan bantuan seperti ini, mereka telah banyak membantu kami,” katanya.

Anis Ayuni Kadir,39, yang telah berniaga di lokasi itu lebih 10 tahun telah melalui pelbagai cabaran termasuk terpaksa menutup perniagaan ketika pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Anis Ayuni Kadir

“Alhamdulilah, selepas PKP itu, kami kembali berjualan tetapi buat masih ini masih lagi perlahan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 100 pengunjung meriahkan Christmas @ KK Sentral Riverside Market

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular