HomeUtamaHospital Tuaran dinaik taraf ke Hospital Berpakar Minor, Klinik Desa Pahu ke...

Hospital Tuaran dinaik taraf ke Hospital Berpakar Minor, Klinik Desa Pahu ke Klinik Kesihatan 

Read Time:1 Minute, 17 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merancang untuk menaik taraf fasiliti di Hospital Tuaran sejajar dengan penaiktarafan hospital tersebut kepada Hospital Berpakar Minor.

Dalam satu jawapan bertulis pada Persidangan Dewan Rakyat di sini, KKM memaklumkan Projek Naik taraf Dewan Bedah Kedua telah pun dimohon dalam  Rolling Plan Keempat (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).

“Selain itu, Hospital Tuaran juga bakal menerima penempatan mesin pengimejan diagnostik CT Scan yang telah diluluskan bagi menyokong fungsi hospital tersebut sebagai hospital rujukan, “menurut jawapan itu di sini. 

Jawapan bertulis itu bagi menjawab permohonan Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (PH – Tuaran) dalam Perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tahun 2023 Peringkat Jawatankuasa supaya KKM menaiktaraf Hospital Tuaran.

KKM dalam jawapan yang sama turut memaklumkan satu berita baik berhubung permintaan Madius untuk menaik taraf Klinik Desa Pahu kepada Klinik Kesihatan.

Menurut KKM, klinik desa itu akan dinaik taraf ke perkhidmatan Klinik Kesihatan Jenis 7 di bawah Peruntukan Khas Naik Taraf Klinik Daif. 

Sementara itu, Madius dalam muat naik di laman facebook rasminya menzahirkan ucapan terima kasih terhadap KKM atas jawapan yang diberikan.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas jawapan KKM tentang perkara-perkara yang saya bangkitkan semasa perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 bagi Kementerian Kesihatan Peringkat Jawatankuasa.

“Yang penting dalam jawapan bertulis ini KKM bersetuju bahawa Hospital Tuaran akan dinaik taraf kepada Hospital Berpakar Minor seperti mana yang saya telah cadangkan. 

“Atas permintaan saya juga, Klinik Desa Pahu akan dinaik taraf ke Perkhidmatan Klinik Kesihatan Jenis 7,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

JENDELA : Capaian internet catat peningkatan bagi kawasan berpenduduk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular