HomeIsu tempatanUMS komited jayakan pelancaran logo hari Kebangsaan

UMS komited jayakan pelancaran logo hari Kebangsaan

Read Time:1 Minute, 37 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu :  Universiti Malaysia Sabah (UMS) komited untuk menjayakan Majlis Pelancaran Logo Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2023, Mei depan.

Naib Canselor UMS, Prof. Madya Datuk Dr. Kasim Mansur berkata, pihaknya amat mengalu-alukan keterlibatan warganya dalam program-program kenegaraan yang ditunjangi Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah.


“UMS memainkan peranan untuk membantu melaksanakan agenda yang dirancang oleh Jabatan Penerangan dalam penganjuran program-program nasional,” katanya.

Kasim berkata, menerusi penganjuran beberapa program sejak sedekad lalu, jalinan kerjasama strategik di antara kedua-dua pihak dapat diperkukuhkan lagi sekali gus membantu JaPen Sabah mewujudkan masyarakat yang memahami dasar, program serta inisiatif kerajaan.

“Kerjasama ini berupaya membuka peluang kepada pelajar UMS untuk melibatkan diri dalam aktiviti di samping mendapat pendedahan awal bagi mendekatkan diri dengan masyarakat.

“Oleh itu, saya amat mengalu-alukan jalinan kerjasama di antara JaPen dan UMS yang sebenarnya sudah terjalin lebih dari satu dekad untuk diperkasakan lagi pada masa akan datang,” katanya kepada media selepas menerima kunjungan hormat Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor di sini semalam. 

Hadir sama, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMS, Mohd Raffie Janau, Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Supian Musa, Ketua Penolong Pengarah (KPP) Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat JaPen, Azman Sipan serta KPP Bahagian Media dan Komunikasi Korporat JaPen, Peter Tong Ah Pin.

Majlis pelancaran logo berkenaan akan diadakan di salah sebuah pusat beli belah terkemuka di pusat Bandaraya Kota Kinabalu.  

Dalam perkembangan lain, Kasim turut memaklumkan Hospital UMS (HUMS) dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh dua tahun lagi. 

“Pembinaan HUMS yang tergendala akibat Pandemik Covid-19, kini sudah disambung semula dan kita berharap agar dalam tempoh dua tahun lagi akan dapat disiapkan sepenuhnya,” tambah beliau.

Projek HUMS yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 2 Mac 2018, berkonsepkan smart teaching hospital untuk meningkatkan taraf pendidikan serta latihan perubatan, selain meningkatkan kebolehcapaian perkhidmatan penjagaan kesihatan berkualiti tinggi untuk rakyat Sabah. 

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Sambutan raya JPJ platform eratkan silaturahim

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya