HomeUtamaEnam genset mudah alih ditempatkan di Menara Kinabalu

Enam genset mudah alih ditempatkan di Menara Kinabalu

Read Time:1 Minute, 2 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak enam buah janakuasa mudah alih ditempatkan di kawasan Menara Kinabalu bagi menampung keperluan bekalan elektrik ke bangunan itu.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Ir. Idris Mohd Noor berkata, langkah itu diambil berikutan berlakunya gangguan bekalan ke bangunan tersebut yang disebabkan oleh kerosakan kabel milik SESB.

Katanya, beberapa kawasan lain yang terdiri daripada perumahan dan premis komersil berdekatan juga turut terjejas. 

“Hasil siasat oleh pasukan teknikal SESB mendapati kerosakan ke atas talian 33kV itu disebabkan cubaan memotong dan mencuri kabel tersebut oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. 

“Kami dapati terdapat kesan potongan dan terbakar yang bertujuan untuk mencuri kabel milik SESB dan kejadian ini telah menjejaskan bekalan ke beberapa kawasan di Alam Mesra, Likas dan Menara Kinabalu. 

“Kerja-kerja pemulihan bekalan telah dilaksanakan secara berperingkat,” katanya dalam satu kenyataan di sini pagi ini.

Idris berkata, pihaknya telah berjaya memulihkan sepenuhnya bekalan elektrik kepada semua kawasan yang mengalami gangguan elektrik pada hari yang sama. 

Walaubagaimanapun, Idris berkata bekalan ke Menara Kinabalu masih terjejas apabila berlaku kerosakan kabel sekali lagi pada lewat malam Selasa.

“Kerosakan kedua ini disyaki disebabkan kerja-kerja penimbusan tanah di laluan utama kabel bawah tanah. Kerja-kerja pemulihan bekalan sedang giat dilaksanakan,”katanya. – SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
Utama

40 peratus hasil Sabah: Pendapat pelbagai versi disifatkan membelakang pimpinan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular