HomeSukanKL City FC raih kemenangan sulung di laman sendiri

KL City FC raih kemenangan sulung di laman sendiri

Read Time:1 Minute, 37 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kuala Lumpur : Kuala Lumpur (KL) City FC berjaya mendapat kemenangan sulung pada aksi saingan Liga Super 2023 selepas menewaskan Sabah FC 2-0 di Stadium Kuala Lumpur di sini malam ini.

Minit awal permainan, kedua-dua pasukan saling mencari rentak permainan dengan beberapa percubaan awal.

Sabah hampir mendahului perlawanan menerusi serangan yang dibuat Daniel Ting selepas menerima bola daripada Jailton Paraiba pada minit ke-5, bagaimanapun sepakan Daniel berjaya diselamatkan penjaga gol tuan rumah Muhammad Azri Abdul Ghani.

Penyerang KL City FC, Tchetche Kipre cuba melakukan serangan balas menerusi percubaan pada minit ke-11 namun sepakannya terus kedakapan penjaga gol Sabah FC, Damien Lim.

Empat minit berselang, tuan rumah berjaya memperoleh gol pertama menerusi jaringan Saravanan Thirumurugan pada minit ke-15 selepas pertahanan Sabah FC gagal mengawal serangan dilakukan tuan rumah.

Tersentak dengan gol KL City FC, Sabah FC hampir menyamakan kedudukan menerusi percubaan penyerang Darren Lok pada minit ke-16 selepas menerima bola hantaran dari Jailton namun berjaya diselamatkan penjaga gol Muhammad Azri.

Enam minit berselang, tuan rumah berjaya menambah gol kedua menerusi percubaan Kipre pada minit ke-22 namun jaringan itu dibatalkan pengadil bertugas selepas berlaku ofside oleh pemain KL City FC.

Bersambung babak kedua, Sabah FC pantas melakukan serangan ke gawang tuan rumah menerusi percubaan Stuart Wilkin pada minit ke-47 bagaimanapun sepakannya berjaya ditolak oleh Muhammad Azri.

Kemasukan penyerang Mohd Amri Yahya pada minit ke-75 bagi menggantikan Darren Lok masih buntu untuk mencari gol penyamaan Sabah FC.

Minit akhir perlawanan, tuan rumah berjaya menambah gol kedua menerusi sepakan pemain import Sean Giannelli pada minit ke-94 selepas menerima bola hantaran Herlison Caion menjadikan kedudukan berubah 2-0.

Kedudukan itu kekal sehingga tamat perlawanan menjadikan Sabah FC mencatat kekalahan kedua dalam aksi Liga Super.

KL City FC kini berada ditangga kesembilan liga dengan mengutip enam mata manakala Sabah FC turun ketangga kelima dengan kekal mengutip 13 mata. – SABAH MEDIA/Pix Flash Sukan

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah FC sasar kemenangan pertama di Kelantan esok

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular