HomeUtamaPemuda UPKO sambut baik keputusan Kerajaan umum laporan akhir siasatan Double Six

Pemuda UPKO sambut baik keputusan Kerajaan umum laporan akhir siasatan Double Six

Read Time:1 Minute, 18 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu: Pergerakan Pemuda Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) menyambut baik keputusan Kerajaan Perpaduan untuk mendedahkan kepada umum laporan akhir siasatan tragedi ‘Double Six’.

Ketuanya Felix Joseph Saang berkata, perkara itu sudah lama dinanti-nanti rakyat Sabah selama ini dan langkah kerajaan untuk menurunkan taraf laporan siasatan kemalangan udara pesawat Sabah Air daripada Akta Rahsia Rasmi 1972 kepada lebih terbuka memberikan keyakinan kepada rakyat terutamanya waris mangsa akan ketelusan kerajaan.

“Inilah yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Sabah dan ramai yang masih tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku. Kami memuji keberanian dan keikhlasan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan Kerajaan hari ini untuk mengumumkan laporan akhir siasatan itu.

“Rakyat Sabah berhak untuk  mengetahui apa yang telah berlaku sebenarnya dalam kejadian nahas tersebut,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Perdana Menteri bahawa kerajaan akan mendedahkan laporan penuh kemalangan pesawat udara tragedi ‘Double Six’ yang berlaku 6 Jun 1976.

Anwar dipetik sebagai berkata, keputusan itu dibuat dengan mengambil kira pandangan rakyat Sabah dan juga tuntutan keluarga waris yang ingin mengetahui maklumat terperinci mengenai kejadian itu.

Tragedi yang juga dikenali sebagai Double Six Crash telah meragut nyawa 11 orang termasuk Ketua Menteri ketika itu, Tun Fuad Stephens.

Tragedi itu turut mengorbankan Menteri Kewangan negeri, Datuk Salleh Sulong; Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Peter Mojuntin; Menteri Kerja Raya dan Komunikasi negeri, Datuk Chong Tien Vun; Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Darius Binion serta Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan negeri, Datuk Wahid Peter Andu. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Pantau projek pemasangan menara telekomunikasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular