HomeUtamaSyarikat penerbangan diminta pertimbang harga tiket, tambah jumlah kekerapan penerbangan ke Sabah...

Syarikat penerbangan diminta pertimbang harga tiket, tambah jumlah kekerapan penerbangan ke Sabah – Christina

Read Time:2 Minute, 0 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Ramai pengguna khususnya rakyat Sabah yang berada di semenanjung meluahkan rasa kecewa kerana tidak dapat balik ke kampung halaman mereka di Sabah untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Ini adalah kerana mereka mendapati selain harga tiket penerbangan terlalu mahal, jumlah penerbangan pergi ke Sabah juga tidak mencukupi untuk menampung penumpang yang ramai pada musim perayaan ini.

Justeru, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew meminta kepada pihak Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke untuk melihat perkara itu dan meneliti mengenai kenaikan harga tambang penerbangan yang didakwa oleh pengguna.

Christina berkata, beliau juga turut menerima banyak aduan mengenai perkara itu, beliau memandang serius perkara itu dan cuba sedaya upaya untuk mencari jalan penyelesaian bersama pihak yang berwajib.

Sehubungan itu, beliau turut mencadangkan sekiranya pihak syarikat penerbangan dapat menambah jumlah kekerapan ke Sabah khususnya pada musim perayaan ini.

“Sekiranya pihak syarikat penerbangan berkenaan menambah jumlah kekerapan penerbangan untuk ke Sabah jadi saya fikir tidak perlu untuk naikkan harga tiket sampai begitu.

“Kita minta Menteri Pengangkutan Malaysia untuk meneliti perkara ini. Memang saya terima banyak aduan, tidak adil khususnya untuk pelajar yang belajar dan mereka yang bekerja di Semenanjung, mereka mahu balik berhari raya tapi tidak dapat sebab harga tambang terlalu mahal jadi Saya rasa mereka (pihak syarikat penerbangan) perlu mempertimbangkan khususnya Sabahan yang mahu balik berhari raya ataupun apa sahaja perayaan Tahun Baharu Cina, Krismas dan sebagainya,” katanya ketika ditemui pemberita semasa menghadiri Majlis Berbuka Puasa Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) di Grand Ballroom, Pan Pacific Sutera Hotel di sini pada Khamis.

Menambah jumlah kekerapan penerbangan, Christina menjelaskan bahawa musim perayaan biasanya pelancong atau pelawat akan ramai berkunjung ke Sabah.

“Ini sudah tentu penerbangan selalu penuh, jadi kita perlu fikir untuk menambah jumlah kekerapan penerbangan,” jelasnya.

Beliau berkata, beliau akan bawa perkara ini kepada pihak berwajib, pada masa sama beliau juga tidak mahu ia mengganggu sektor pelancongan di Sabah.

“Ini sekiranya pihak berkenaan tidak menambah jumlah penerbangan, bagaimana kita mahu menerima pelancong malah ramai juga pelawat dari semenanjung, Sarawak yang akan datang ke Sabah, mereka ambil kesempatan untuk bercuti ke Sabah, perkara ini juga kita mesti lihat.

“Saya katakan sektor pelancongan juga akan terkesan kerana hari cuti umum adalah masa yang sesuai untuk mereka pergi bercuti selain melawat keluarga tetapi juga ke tempat-tempat menarik di Sabah, jadi saya akan menekankan perkara ini ke pihak berkenaan,” tegasnya.

RELATED ARTICLES
Utama

SPRM Sabah tahan pasangan suami isteri bekas CEO & pengarah syarikat...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular