HomeUtamaAnggota polis seludup mercun berdepan tindakan tegas, kata KPN

Anggota polis seludup mercun berdepan tindakan tegas, kata KPN

Read Time:50 Second

KUALA LUMPUR: Anggota polis yang ditahan kerana disyaki menyeludup mercun dan bunga api di Machang, Kelantan Selasa lepas kini direman dan akan dikenakan tindakan tegas.

Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani berkata selain berhadapan tindakan undang-undang, anggota itu juga akan dikenakan tindakan dalaman kerana menggunakan kenderaan pasukan di luar waktu bertugas bagi menjalankan aktiviti menyalahi undang-undang.

“Polis tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya terdapat bukti anggotanya terlibat dengan kegiatan jenayah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Selasa lepas, seorang anggota polis berpangkat lans koperal ditahan di Machang bersama rakannya ketika membawa pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM25,000.

Ketika ditahan kedua-dua suspek berusia 32 dan 35 tahun itu menggunakan pacuan empat roda milik polis untuk melakukan kegiatan tersebut.

Acryl Sani berkata kedua-dua suspek direman empat hari sehingga esok bagi membantu siasatan.

Beliau turut mengalu-alukan masyarakat untuk menyalurkan maklumat sahih bagi membolehkan tindakan diambil dalam membanteras sebarang salah laku atau aktiviti menyalahi undang-undang.

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Implikasi dan Cabaran Malaysia Sebagai Pasaran Pusat Data Ketiga Terbesar Asia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular