Lelaki dan wanita ditemui tidak sedarkan diri dalam kenderaan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:50 Second

SEMPORNA: Seorang lelaki warga asing bersama seorang wanita tempatan ditemui tidak sedarkan diri di dalam sebuah kenderaan yang di parkir di hadapan deretan kedai di tepi stesen bas pekan Semporna pada pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Semporna Superintenden Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat pada jam 9.10 pagi tadi (7 April) dari orang awam mengatakan telah menjumpai seorang lelaki berumur 40 tahun bukan warga tempatan yang memiliki dokumen pengenalan diri IMM13 dan seorang wanita tempatan berumur 25 tahun tidak sedarkan diri dalam sebuah kenderaan yang di parkir di hadapan deretan kedai di tepi stesen bas pekan Semporna.

“Pihak pasukan perubatan tiba di lokasi dan telah mengesahkan mangsa seorang lelaki telah meninggal dunia di tempat kejadian manakala mangsa wanita telah dihantar ke Hospital Semporna untuk rawatan lanjut.

“Dimaklumkan wanita tersebut dalam keadaan stabil manakala kedua-dua keluarga mangsa telahpun dimaklumkan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Mohd Farhan, punca kematian belum dipastikan sehingga proses bedah siasat dijalankan. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR ).

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *