HomeIsu tempatanLebih 250 penduduk hadiri Iftar KYS di Nabawan

Lebih 250 penduduk hadiri Iftar KYS di Nabawan

Read Time:44 Second

Nabawan : Lebih 250 orang penduduk sekitar Kampung Murni C di sini hadir memeriahkan Majlis Berbuka Puasa Bersama Pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah (KYS).

Majlis yang diadakan di Surau Al-Falah, Kampung Murni C itu turut dihadiri Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin dan Pengurus Kumpulan Kanan, Sumber Manusia dan Perkhidmatan Korporat (YS/ICSB) Zulkhairi Ismail.

Ghani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan berkata, pihaknya merakamkan penghargaan kepada KYS dalam memajukan segenap lapisan masyarakat di Sabah.

Katanya, penganjuran acara Iftar itu juga menunjukkan komitmen KYS ke arah memupuk pertumbuhan inklusif di samping menggalakkan keharmonian sosial masyarakat di Sabah.

“Sumbangan tidak ternilai KYS ke arah memajukan rakyat Sabah telah menonjolkan kepentingan inisiatif sedemikian dalam membina komuniti yang lebih kukuh dan bersatu padu,” katanya. 

Majlis tersebut turut menyaksikan KYS memberikan sumbangan  kepada golongan Asnaf dan Surau Al-Falah. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Orang ramai dijemput hadir ke pameran khas karya seni Tuan Yang...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular