HomePolitikLDP rakam penghargaan kepada GRS

LDP rakam penghargaan kepada GRS

Read Time:1 Minute, 4 Second

Kota Kinabalu : Parti Liberal Demokratik (LDP) merakamkan penghargaan kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kerana meluluskan permohonan parti itu untuk menyertai gabungan berkenaan.

Presiden LDP, Datuk Chin Su Phin berkata, pihaknya berterima kasih kepada Ahli Majlis Tertinggi GRS yang diketuai Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor atas keputusan sebulat suara mereka untuk menerima LDP secara rasminya ke dalam gabungan politik.

Katanya, GRS kini mempunyai tujuh Komponen iaitu Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Maju Sabah (SAPP), LDP dan Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS).

Beliau berkata demikian ketika mengadakan kunjungan hormat kepada Setiausaha Agung GRS merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun di sini, kelmarin. 

Ketika kunjungan itu, pihak LDP turut membincangkan beberapa isu berkaitan kehidupan rakyat yang dilihat membimbangkan khususnya masalah bekalan air, projek empangan dan lebuh raya Pan Borneo yang diharapkan mampu diselesaikan kerajaan negeri.

Dalam pada itu, Chin turut menyeru kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh Sabah untuk melaksanakan pendekatan pembaharuan dan pemohonan lesen perniagaan secara atas talian.

Katanya, setiap PBT dan Majlis Daerah perlu mencontohi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam usaha berkenaan.

Menurutnya, usaha sedemikian bukan sahaja boleh menjimatkan sumber dan tenaga kerja, tetapi juga boleh mengelakkan daripada kesesakan pemohon di pejabat majlis daerah.

RELATED ARTICLES
Politik

GRS serasi dengan PH Sabah, tolak kerjasama parti luar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular