HomeUtamaTiga kilang kelapa sawit di Tawau dikenakan tindakan mahkamah - JAS

Tiga kilang kelapa sawit di Tawau dikenakan tindakan mahkamah – JAS

Read Time:1 Minute, 36 Second

TAWAU: Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah (JAS) telah mengambil tindakan mahkamah ke atas tiga buah kilang kelapa sawit di Tawau kerana kegagalan mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974).

Sebutan kes bagi ketiga-tiga kilang tersebut telah dijalankan di Mahkamah Sesyen Tawau pada Khamis (6 April).

Menurut kenyataan media JAS yang dikeluarkan semalam, bagi kes pertama, pihak kilang telah dikenakan dua pertuduhan di bawah Seksyen 16(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974) kerana telah gagal mematuhi syarat lesen, iaitu pelepasan efluen melebihi kepekatan ditetapkan bagi parameter oksigen biokimia yang diperlukan (BOD 3 hari) dan parameter pepejal terampai.

“Orang kena saman (OKS) telah mengaku bersalah dan Mahkamah Seksyen Tawau telah menjatuhkan hukuman denda RM15,000.00 bagi pertuduhan pertama dan RM10,000.00 bagi pertuduhan kedua.

“Kes kedua juga melibatkan sebuah kilang kelapa sawit di mana Mahkamah Sesyen Tawau telah menjatuhkan hukuman denda di atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 16(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974) kerana telah gagal mematuhi syarat lesen, iaitu pelepasan efluen melebihi kepekatan ditetapkan bagi parameter oksigen biokimia yang diperlukan (BOD 3 hari) dan parameter pepejal terampai.

“OKS telah mengaku bersalah di atas pertuduhan yang dibacakan dan dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM15,000.00 bagi setiap pertuduhan.

“Manakala kes ketiga, Mahkamah Sesyen Tawau telah menjatuhkan hukuman denda RM15,000.00 atas satu pertuduhan tidak mematuhi syarat lesen, iaitu gagal menguruskan tandan kosong kelapa sawit mengikut Garis Panduan Pelan Pengurusan Tandan Kosong Kelapa Sawit terbitan Jabatan Alam Sekitar.

“Jumlah denda kesalahan yang dikenakan ke atas tiga kilang kelapa sawit oleh Mahkamah Sesyen Tawau pada 6 April 2023 adalah sebanyak RM70,000.00,” katanya.

Sehubungan itu, JAS menasihati orang ramai supaya melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 yang beroperasi 24 jam sehari atau emel ke [email protected] atau melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya