HomeUtamaHajiji hadiri Majlis Iftar Perdana MBR Bersama OKU & Asnaf

Hajiji hadiri Majlis Iftar Perdana MBR Bersama OKU & Asnaf

Read Time:40 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor merasmikan Majlis Iftar Perdana Masjid Bandaraya Kota Kinabalu (MBR) Bersama Orang Kelainan Upaya (OKU) dan Asnaf kali ke 7 di Dewan Hadhari MBR dekat sini, hari ini.

Hajiji serah sumbangan duit raya kepada penerima. – Foto ihsan JKM Sabah

Seramai 500 orang OKU dan asnaf diraikan dengan majlis berbuka puasa. Mereka juga menerima duit raya yang disampaikan oleh Hajiji.

Hajiji turut menyaksikan penyerahan sumbangan sebanyak RM60 ribu daripada Bahagian Zakat dan Fitra Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) kepada Akademi Quranis MBR.

Turut hadir ialah Timbalan Yang Di-Pertua MUIS, Ustaz Malai Ali Malai Ahmad, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri (JHEAINS), Datuk Ustaz Saifulzaman Sangul, Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Datuk Dr.Kasim Md Mansur dan Pengerusi MBR, Datuk Ab Jamal Tun Sakaran.

RELATED ARTICLES
Utama

Juliah santuni anak-anak istimewa PPDK Tuaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya