HomeIsu tempatanTalian aduan berhubung gelandangan perlu diwujudkan

Talian aduan berhubung gelandangan perlu diwujudkan

Read Time:1 Minute, 21 Second

Kota Kinabalu : Satu talian ‘hotline’ yang khusus perlu diwujudkan oleh pihak berkuasa bagi menerima aduan berhubung gelandangan yang semakin bertambah khususnya sekitar Bandaraya Kota Kinabalu.

Naib Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Sim Fui berkata, gelandangan yang semakin bertambah ini dilihat sering mengganggu ketenteraman orang awam khususnya para pelancong yang tiba ke negeri ini.

“Justeru itu saya mencadangkan agar satu talian hotline diwujudkan hanya khusus untuk menerima aduan berhubung gelandangan ini.

“Saya sering menerima aduan daripada orang ramai mengenai perkara ini, walaupun perkara sudah dilaporkan kepada pihak berkaitan, tetapi tindakan lanjut untuk menyelesaikan perkara ini dilihat gagal,” katanya.

Beliau berkata, semua pihak perlu bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi membanteras kewujudan gelandangan yang sudah lama berlaku di bandaraya namun masih gagal diatasi dengan sebaiknya.

“Tidak kiralah ianya terletak dibawah kuasa siapa, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), pihak imigresen, Polis Diraja Malaysia (PDRM)…perlulah bersama-sama melaksanakan operasi bersepadu untuk mengatasi perkara ini.

“Kini dapat dilihat ramai dalam kalangan gelandangan yang mengalami masalah kesihatan mental, kanak-kanak tanpa negara berkeliaran di bandaraya ini.

“Berdasarkan aduan daripada seorang pengguna facebook, didapati gelandangan berkenaan cuba untuk memasuki kedainya dengan mencungkil pintu yang ditutup,” katanya.

Beliau berkata, imej Sabah khususnya bandaraya ini sudah pasti terjejas sekiranya para pelancong yang melawat diganggu oleh golongan gelandangan.

Katanya, gangguan itu sudah pasti akan menyebabkan mereka tidak lagi mahu datang ke Sabah, selain akan mendorong rakan mereka di negara asal agar tidak melawat negeri ini.

“Sudah tiba masanya pihak-pihak berkuasa di sini bergabung tenaga bersama-sama selesaikan masalah ini. Jangan lagi saling menuding jadi diantara satu sama lain berkenaan perkara itu dibawah kuasa siapa dan sebagainya,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular