HomeUtamaMohd Amaran dilantik Ketua Hakim Syarie 

Mohd Amaran dilantik Ketua Hakim Syarie 

Read Time:50 Second

PUTRAJAYA: Datuk Mohd Amran Mat Zain dilantik sebagai Ketua Pengarah dan Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia berkuat kuasa, hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata Mohd Amran berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah (Kepujian), Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Menurutnya, Mohd Amran turut memiliki Diploma Lepasan Ijazah (Pentadbirandan Perundangan Islam) dari UIAM.

Katanya, Mohd Amran mempunyai pengalaman selama 29 tahun dalam perkhidmatan pegawai syariah kerana menyertai perkhidmatan awam sejak tahun 1994. 

“Beliau memulakan tugas sebagai Pegawai Syariah di Biro Bantuan Guaman Wilayah Persekutuan, selain pernah bertugas sebagai Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya,” katanya lapor Berita Harian.

Sebelum ini, Mohd Amran diberikan amanah sebagai Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Hakim Mahkamah Tinggi Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dan Ketua Hakim Syarie di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dan jawatan terakhir beliau di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia sebagai Hakim Mahkamah Rayuan.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : KEPKAS, syarikat penerbangan bincang agar dapat tetapkan harga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya