HomeIsu tempatanAgrobank santuni 63 asnaf

Agrobank santuni 63 asnaf

Read Time:58 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Seramai 63 asnaf dari Rumah Kesayangan Sabah dan Pusat Tahfiz Ar Rahmah di sini diraikan Agrobank dalam satu Majlis Iftar Ramadan Disyukuri Syawal Dirahmati.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, Agrobank mengambil peluang meraikan golongan tersebut sempena Ramadan dan Syawal yang bakal tiba.

“Kami percaya program seumpama ini dapat mengeratkan perasaan kasih sayang dan memupuk tali persaudaraan sesama muslim sejajar prinsip tanggungjawab sosial korporat Agrobank.

“Golongan asnaf tidak wajar ketinggalan dalam meraikan keistimewaan bulan mulia Ramadan mahupun kemeriahan Aildfitri seperti orang lain,” katanya.

Beliau berkata, Agrobank telah melancarkan Kempen Ramadan Disyukuri, Syawal Dirahmati mulai hari ini yang memberi manfaat pembiayaan berjumlah RM75,000 kepada peniaga bazar Ramadan. 

“Kami menjangkakan menerima minimum 2,000 permohonan pembiayaan seluruh negara dan kepada usahawan berminat bolehlah ke cawangan Agrobank terdekat untuk  maklumat lanjut,” jelas beliau.

Pada majlis itu, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin turut menyampaikan sumbangan tunai RM5,000 kepada wakil Rumah Anak Kesayangan Sabah manakala RM5,000 lagi kepada wakil Tahfiz Ar Rahmah.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS terima sumbangan untuk projek kajian dan pembudayaan STEM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular