HomeUtamaSurau, masjid di DUN Kadamaian disaran tubuh koperasi 

Surau, masjid di DUN Kadamaian disaran tubuh koperasi 

Read Time:57 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Belud: Jawatankuasa surau dan masjid khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian disaran untuk menubuhkan sebuah koperasi.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, ia penting bagi membantu meningkatkan ekonomi penduduk kampung.

“Di kawasan Kadamaian sahaja terdapat 19 masjid dan surau yang berpotensi untuk menubuhkan koperasi. 

“Saya mahu melihat lebih banyak penyertaan Sabah dalam program keusahawanan dan koperasi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Berbuka Puasa Madani Kawasan N11 Kadamaian, di Masjid Kampung Tambulion, di sini, kelmarin. 

Ewon berkata, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mempunyai 10 agensi yang menyediakan pelbagai bantuan dan program untuk usahawan dan koperasi, antaranya Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa).

“Saya berharap rakyat di negeri ini khususnya Kadamaian merebut peluang dalam bidang keusahawanan dengan menghubungi agensi-agensi berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai bantuan dan skim-skim pinjaman yang disediakan,” katanya.

Pada majlis itu Ewon turut menyampaikan sumbangan Ramadan kepada Jawatankuasa Masjid dan Surau DUN Kadamaian dan kepada golongan asnaf Kampung Tambulion.

Majlis berbuka puasa adalah antara acara tahunan Ewon sejak beberapa tahun lalu setiap kali bulan Ramadan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Komuniti Madani diseru manfaatkan aplikasi ‘PriceCatcher’, ‘Speedtest’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular