HomeUtamaGagasan Rakyat terbuka terima tiga ADUN UMNO yang dipecat

Gagasan Rakyat terbuka terima tiga ADUN UMNO yang dipecat

Read Time:1 Minute, 0 Second

PUTRAJAYA: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) bersikap terbuka untuk menerima tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO Sabah yang dipecat pada Ahad lalu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Hajiji yang juga presiden Gagasan Rakyat berkata, beliau tidak boleh mengulas lanjut mengenai isu pemecatan itu kerana ia membabitkan urusan parti UMNO.

“Saya tidak boleh komen lanjut kerana ia membabitkan urusan parti UMNO, namun jika mereka ingin mohon untuk masuk Gagasan Rakyat, insyaAllah kita akan terima.

“Kalau mereka mahu masuk mana-mana parti, di Sabah ini banyak parti politik, jadi terpulang kepada mereka untuk memilih,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis berbuka puasa Ketua Menteri Sabah bersama Mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini pada Isnin.

Pada Ahad lalu, Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, ketiga-tiganya ialah Datuk James Ratib (Sugut), Datuk Mohd Arsad Bistari (Tempasuk) dan Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit) dipecat keahlian dari UMNO berkuat kuasa hari ini (9 April).

Sebelum ini pada 21 Februari, empat ADUN termasuk James, Mohd Arsad dan Jasnih mengumumkan keluar daripada parti dan menyertai Gagasan Rakyat.

Manakala ADUN Balung, Datuk Hamid Awang juga turut mengambil keputusan sama iaitu keluar daripada UMNO.

RELATED ARTICLES
Utama

Tiada kompromi 40 peratus, pertahankan hak perlembagaan Negeri Sabah – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular