HomeUtamaPenjawat awam Sabah terima RM700, pesara RM350 pada 17 April ini

Penjawat awam Sabah terima RM700, pesara RM350 pada 17 April ini

Read Time:31 Second

PUTRAJAYA: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan bantuan khas Aidilfitri dan Pesta Kaamatan sebanyak RM700 kepada penjawat awam negeri.

Hajiji berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Berbuka Puasa Ketua Menteri Sabah Bersama Mahasiswa Institut Pengajian Tinggi, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini pada Isnin.

Katanya, Kerajaan Negeri turut bersetuju mengagihkan bantuan sebanyak RM350 kepada pesara awam negeri.

“Bantuan khas itu akan diagihkan kepada penjawat awam negeri dan pesara pada 17 April depan,” katanya.

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai majlis berbuka puasa itu, Hajiji berkata, program itu diadakan setiap tahun bagi meraikan mahasiswa Sabah yang menyambung pengajian di Semenanjung Malaysia.

RELATED ARTICLES
Utama

Mayat lelaki warga Sweden ditemui dalam kapal pelayaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular