HomeUtamaSemakan semula kadar Pengenaan Cukai Jualan Negeri ke atas besi buruk &...

Semakan semula kadar Pengenaan Cukai Jualan Negeri ke atas besi buruk & buangan yang dibawa keluar dari Sabah – Phoong

Read Time:2 Minute, 34 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah telah meluluskan beberapa cadangan yang bertindak sebagai penyelesaian alternatif kepada semakan semula kadar Cukai Jualan Negeri (CJN) sebanyak RM 200 se tan metrik ke atas besi buruk dan buangan yang dibawa keluar dari Sabah melalui Mesyuarat Kabinet
Negeri pada 5 April baru-baru ini.

Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah – Phoong Jin Zhe berkata, sejak 1 Februari 2022, Kerajaan Negeri telah melaksanakan kutipan CJN sebanyak RM 200 se tan metrik ke atas besi buruk yang dibawa keluar dari Sabah. Namun, pelaksanaan dasar tersebut telah mendapat bantahan daripada semua peniaga besi buruk khususnya daripada Pertubuhan Kitar Semula Logam Sabah (SSMRA) kerana kadar tersebut amat membebankan mereka.

Kerajaan Negeri bersetuju untuk menyemak semula kadar CJN yang dikenakan setelah mengambil kira pandangan dari semua aspek dan mendengar keluhan daripada pihak berkenaan.

Antara keputusan yang telah dipersetujui oleh Kerajaan Negeri adalah seperti mengenakan kadar CJN sebanyak 10 peratus ke atas nilai jualan eksport besi buruk dan buangan yang dibawa keluar dari Sabah.

“Menurut hasil kajian, pengenaan kadar CJN sebanyak RM200 se tan metrik didapati adalah lebih kurang 13 peratus ke atas harga semasa pasaran besi buruk. Selain itu, aduan-aduan daripada peniaga besi buruk dapat dilihat dengan lebih jelas disebabkan jenis cukai tersebut adalah bersifat regresif terhadap nilai penjualan.

“Peniaga besi buruk akan terbeban jika harga pasaran besi buruk antarabangsa menurun kerana mereka perlu membayar CJN sebanyak RM 200 se tan metrik.

Sebaliknya, hasil Kerajaan tidak akan bertambah jika berlakunya kenaikan harga
besi buruk di peringkat antarabangsa. Dengan ini, Kerajaan Negeri telah bersetuju supaya menentukan kadar CJN mengikut kadar peratusan sebanyak 10 peratus kerana ia didapati akan mendatangkan manfaat kepada kedua-dua pihak.

Negara-negara membangun seperti negara India, China juga membuat seperti ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Manakala platfrom kedua beliau berkata, dengan menggunakan platform harga antarabangsa yang dicadangkan sebagai
panduan harga.

“Ketiadaan satu platform khas menjadi punca utama ramai pengeksport besi buruk mengambil inisiatif untuk menentukan harga di pasaran tempatan dengan merujuk sumber yang dapat memberikan manfaat kepada mereka.

“Bagi menangani masalah tersebut, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk menjadikan London Metal Exchange dan barchart sebagai platform rujukan dan panduan bagi mengawal dan menentukan harga eksport besi buruk tempatan,” katanya.

Menurut Phoong, kedua-dua platform ini dipilih kerana platform- platform ini telah diiktiraf dan juga telah menguasai pasaran besi buruk di seluruh dunia.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri juga bersetuju memberi kuasa kepada Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelididkan (DIDR) untuk mendaftar semua pengumpul besi buruk yang mempunyai alat timbangan dan memberi lesen Kelulusan Kerajaan Negeri (SGA).

“Bagi mengenal pasti bilangan syarikat pengumpul besi buruk yang masih beroperasi
di Sabah, Kerajaan Negeri bersetuju supaya semua syarikat pengumpul besi buruk yang mempunyai alat timbangan diwajibkan untuk memohon lesen Kelulusan Kerajaan Negeri (SGA).

“Pendekatan ini memainkan peranan penting kerana ia membenarkan Kerajaan Negeri untuk membangunkan sebuah pangkalan data (database) yang berstruktur untuk rujukan pada masa akan datang. Jabatan
Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan juga diberi kuasa penuh untuk melaksanakan amanah tersebut.

“Bagi pemegang lesen SGA, mereka dikehendaki untuk mengemaskini maklumat dalam pangkalan data sebulan sekali dan aktiviti pembaharuan lesen SGA haruslah dilaksanakan setiap dua tahun sekali,” tambahnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan komited lahirkan belia berilmu, kemahiran, kepemimpinan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular