HomeIsu tempatanMaritim Malaysia tahan bot tunda, Kesalahan Di Bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952...

Maritim Malaysia tahan bot tunda, Kesalahan Di Bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (MSO)

Read Time:56 Second

LABUAN: Penguatkuasaan Maritim Malaysia(Maritim Malaysia), Zon Maritim Labuan telah menahan sebuah bot tunda di kedudukan 0.4 batu nautika selatan Pulau Papan, awal pagi tadi.

Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Labuan, Komander Maritim Mohd Hafiz Abd Mutalib berkata, bot peronda Maritim Malaysia yang sedang dalam rondaan Op Sejahtera, Op Khas Kuda Laut dan Op Tiris telah melakukan pemeriksaan rutin terhadap bot tunda tersebut serta didapati tidak melaporkan pertukaran nakhoda di buku Certificate of Malaysia Registry.

Katanya, semasa diperiksa, bot tunda tersebut dikendalikan oleh seorang pemandu bot, warganegara Indonesia dan seorang Chief Officer berumur 47 tahun yang juga warganegara Indonesia.

“Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (MSO) kerana disyaki tidak melaporkan pertukaran nakhoda di buku Certificate of Malaysia Registry.

“Bot terbabit telah ditahan dan nakhoda serta Chief Officer bersama dokumen dibawa ke jeti Zon Maritim Labuan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Tambahnya, Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas sebarang aktiviti atau salahlaku jenayah di laut.

Orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di talian 087-453777 atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular