HomeSukanSAFA rai 20 pelajar tahfiz

SAFA rai 20 pelajar tahfiz

Read Time:1 Minute, 8 Second

Kota Kinabalu : Seramai 20 pelajar dari pusat Tahfiz Sulaimaniyyah Aminuddin Papar diraikan dalam satu Majlis Berbuka Puasa di sini semalam.

Program yang dianjurkan Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) itu turut dihadiri Timbalan Pengerusi Jetama Sdn Bhd Datuk Juhari Janan dan Penolong Setiausaha Agung SAFA, Azman Mastar.

Azman berkata, selaku badan induk bola sepak negeri, SAFA tidak melupai golongan memerlukan menerusi tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan kebajikan di bulan yang mulia ini.

“Justeru itu, pada malam ini (semalam) SAFA telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama pelajar-pelajar tahfiz ini.

“Kita juga ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada Jetama Sdn Bhd yang telah sudi menyumbang untuk membantu melaksanakan program pembangunan bola sepak di Sabah.

“Mudah-mudahan dengan sokongan dan kerjasama syarikat berkenaan dan penaja-penaja yang lain, program pembangunan SAFA dapat dilaksanakan dengan jayanya,” katanya.

Sementara itu, Juhari berharap Jetama akan terus membantu program pembangunan SAFA melalui khdimat sosialnya sebagaimana yang mereka lakukan terhadap badan-badan sukarela dan kebajikan yang memerlukan bantuan.

“Setakat ini, syarikat telah memberi sumbangan kepada SAFA dan kita akan terus memberi sokongan bagi pelaksanaan program yang telah dirancang,”katanya 

Pada majlis itu, Juhari kemudian menyampaikan sumbangan SAFA berupa duit raya, sejadah, kuih dan kurma kepada kira-kira 20 pelajar tahfiz berkenaan.

Hadir sama Setiausaha Eksekutif SAFA, David Wisom, Pengarah Teknikal, Omar Maya Amat dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan SAFA, Lokman Sunggim. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah FC catat keputusan seri di laman sendiri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular