Sawit Kinabalu bayar dividen interim ketiga RM11.16 juta kepada Kerajaan Negeri

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:50 Second

KOTA KINABALU: Kumpulan Sawit Kinabalu membayar dividen interim ketiga bagi 2022 berjumlah RM11.16 juta kepada Kerajaan Negeri hari ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang juga pengerusi Sawit Kinabalu menyaksikan penyerahan bayaran daripada Pengarah Urusan Sawit Kinabalu Datuk Bacho Jansie kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong di Shangri-La’s Tanjung Aru Resort and Spa, dekat sini .

Dengan bayaran terkini, Kumpulan Sawit Kinabalu telah membayar sejumlah RM27.9 juta kepada Kerajaan Negeri bagi tahun 2022.

Ketua Menteri memuji Sawit Kinabalu kerana menjadi salah satu syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) yang berprestasi tinggi dan menggesa kumpulan itu supaya terus berusaha untuk kecemerlangan dan menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi Sabah.

Majlis tersebut diadakan bersempena dengan Majlis Berbuka Puasa Kumpulan Sawit Kinabalu.

Terdahulu, Hajiji turut mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengarah Kumpulan Sawit Kinabalu.

Bacho dan Safar mengiringi Ketua Menteri menyampaikan sumbangan Sawit Kinabalu kepada Persatuan Orang Kerdil Sabah, Syukhbah Kebajikan & Kaunseling Masjid Jamek Assalam Kampung Benoni, Papar dan Persatuan Kadazan Dusun Murut Muslim Malaysia.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *