HomeUtamaBudaya kerja beretika, berintegriti penting dalam perkhidmatan kepada masyarakat - Shahelmey

Budaya kerja beretika, berintegriti penting dalam perkhidmatan kepada masyarakat – Shahelmey

Read Time:48 Second

PUTATAN: Budaya kerja yang beretika dan berintegriti merupakan aspek penting dalam kita memberi perkhidmatan kepada masyarakat, kata Timbalan Ketua Menteri lll merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Shahelmey Yahya.

Katanya, meningkatkan budaya kerja berkualiti dalam memberi khidmat kepada masyarakat, ianya penting untuk kecemerlangan sesebuah organisasi dan kesejahteraan masyarakat setempat.

“Suburkan jaringan kerja yang baik diantara jabatan, agensi, dan juga masyarakat setempat untuk kesejahteraan semua,” katanya.

Shahelmey berkata demikian ketika berucap semasa majlis Riang Ria Raya mengagihkan kuih raya di Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Tanjung Keramat, Putatan, pada Jumaat.

Mengulas mengenai program tersebut, Shahelmey berkata, agihan kuih raya tersebut adalah sebagai tanda ingatan dan penghargaan kepada jabatan dan agensi yang ada di daerah Putatan.

“Sumbangan kuih raya ini sebagai tanda ingatan dan penghargaan kepada semua yang terlibat memberi khidmat kemasyarakatan untuk masyarakat yang ada di sekitar daerah Putatan” jelasnya.

Untuk rekod, tradisi agihan kuih raya sempena menjelangnya Hari Raya ini telah dimulakan semenjak dua tahun lalu oleh Pusat Khidmat Rakyat Tanjung Keramat.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : MUIS jalin kerjasama dengan beberapa universiti bangun HHS...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya