Cuaca Panas : Satu kawasan di Semenanjung berada pada tahap dua (gelombang haba)

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:53 Second

Kota Kinabalu : Satu kawasan di Semenanjung dikesan berada pada tahap dua (gelombang haba) manakala 15 kawasan lagi berada tahap satu (berjaga-jaga) berikutan cuaca panas yang melanda negara ini. 

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, kawasan yang dikesan berada pada tahap dua adalah di Jeli Kelantan.

Selain itu, 15 kawasan lain di Semenanjung berada pada tahap satu (berjaga-jaga) Perlis, Sik, Hulu Perak, Kinta, Batang Padang, Raub, Bentong, Maran, Lipis, Jerantut, Jempol, Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai dan Kuala Terengganu.

“Manakala semua kawasan di Sabah dan Sarawak masih berada pada tahap pemantauan,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Kenyataan itu turut memaklumkan, tahap gelombang haba berada pada suhu maksimum harian antara 37 hingga 40 darjah celcius dan akan berlarutan sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Manakala bagi tahap berjaga-jaga, suhu maksimum harian adalah antara 35 hingga 37 darjah celcius sekurang-kurangnya akan berlarutan sehingga tiga hari berturut-turut.

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/. – SABAH MEDIA.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *