HomeUtamaKerajaan Sabah hargai peranan media dalam pembangunan negeri

Kerajaan Sabah hargai peranan media dalam pembangunan negeri

Read Time:1 Minute, 35 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Kerajaan Sabah sentiasa menghargai jasa dan peranan media khususnya dalam memberi laporan berkaitan usaha yang telah, sedang dan akan diambil oleh Kerajaan di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pengamal media juga memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan rakyat dan negeri ini.

Katanya, ini kerana menerusi laporan media ianya akan menjadi antara sumber maklumat kepada kerajaan untuk mengetahui apa yang berlaku di peringkat akar umbi, selain rintihan rakyat.

“Malah,  ketika berlakunya pergolakan politik di Sabah baru-baru ini, media menjadi antara sumber utama rakyat untuk mengetahui keadaan sebenar.

“Di sinilah saya melihat media telah memainkan peranan mereka untuk memberi laporan-laporan terkini situasi yang berlaku ketika itu, pada setiap masa.

“Media turut membantu menyampaikan maklumat daripada kerajaan dan saya melihat  bagaimana media bertungkus lumus mendapatkan laporan yang terkini untuk disampaikan kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Media bersama Ketua Menteri Sabah di sini malam ini.

Hajiji turut meminta media supaya mengamalkan sikap bertanggungjawab, profesional dan beretika dalam menyampaikan laporan agar rakyat tidak keliru hingga menimbulkan rasa bimbang.

Katanya, pihak media sentiasa memberi laporan dan membuat analisis berkenaan berita-berita yang penting yang mereka fikir perlu diketahui oleh rakyat atau umum.

“Kerajaan negeri sedar media memainkan peranan penting dalam membangunkan negeri, dan laporan media juga kadangkala membantu kerajaan mengetahui apa yang berlaku di akar umbi dan rintihan rakyat.

“Kerajaan sentiasa mengalu-alukan laporan dan liputan daripada media. Ia merupakan situasi bertolak ansur, kerjasama dan bantu-membantu antara satu sama lain,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, media massa juga berperanan penting dalam usaha memupuk semangat perpaduan dan mengekalkan keamanan yang berterusan dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama di negeri ini.

Katanya, Kerajaan negeri sangat mengharapkan pihak media memberi kerjasama dengan menyiarkan laporan yang positif, sahih dan seimbang serta menjaga sensitiviti agama, bangsa, kaum serta ekonomi. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya