HomeIsu tempatanSawit Kinabalu serah sumbangan kepada empat sekolah di Tuaran

Sawit Kinabalu serah sumbangan kepada empat sekolah di Tuaran

Read Time:57 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Tuaran : Kumpulan Sawit Kinabalu semalam menyerahkan sumbangan bantuan sebanyak RM47,650 kepada empat buah sekolah sekitar daerah ini.

Sumbangan sempena bulan Ramadan itu disampaikan Pengawal Sumber Manusia dan Pentadbiran Kumpulan Sawit Kinabalu Victor Ationg yang mewakili Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Bacho Jansie.

Antara sekolah yang menerima adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Serusop; SK Sungai Damit; Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) SK Bolong Tuaran dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Ria.

Daripada jumlah sumbangan itu, sebanyak RM18,750 diserahkan kepada SK Serusop bagi bantuan duit raya kepada 375 murid di sekolah berkenaan.

Sebanyak RM13,900 pula diserahkan kepada SK Sungai Damit bagi tujuan bantuan duit raya kepada 278 murid manakala RM5,000 pula diserahkan kepada PIBG SK Bolong Tuaran bagi sumbangan majlis Ihya Ramadan.

Turut diserahkan sebanyak RM10,000 sumbangan kepada SMK Tamn Ria bagi tuan pembangunan fasiliti Musolla.

Kumpulan Sawit Kinabalu dalam kenyataan berkata, sumbangan itu adalah bagi membantu sekolah terlibat melaksanakan program kebajikan untuk keperluan murid-murid sekolah rendah dan menengah.

Hadir sama, Pengawal Perladangan 2 Kumpulan Sawit Kinabalu Muazzam Idris dan Pegawai Khas kepada Ketua Menteri Sabah Rijahan Aliaprah. – SAWIT KINABALU

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Ko-Nelayan, UMS jalin kolaborasi bangun produk makanan hiliran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya