HomeIsu tempatanEwon mulakan hari bertemu pelanggan di Sabah dengan menderma darah 

Ewon mulakan hari bertemu pelanggan di Sabah dengan menderma darah 

Read Time:1 Minute, 7 Second

Kota Kinabalu: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick memulakan Hari Bertemu Pelanggan hari ini di Pejabat Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), di sini, dengan menderma darah di Lobi Menara MAA.

Kempen Derma Darah anjuran Zurich Insurans itu diadakan sekali dalam empat bulan untuk membantu meningkatkan bekalan tabung darah hospital.

Selepas itu Ahli Parlimen Penampang itu menerima kunjungan daripada beberapa koperasi dan persatuan usahawan iaitu Koperasi Pengusaha Halia Kampung Tiga Bundu Tambunan Berhad, Koperasi Pertubuhan Paradigma Wanita Sabah Berhad, Sabah Creative Economy & Innovation Centre Scenic dan Terra Tech.

Kunjungan itu bertujuan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai program-program pembangunan keusahawanan yang dilaksanakan agensi-agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop).

Ewon berkata, sebanyak RM100 juta diperuntuk bagi menyediakan pembiayaan modal pusingan agromakanan kepada koperasi yang layak. 

Beliau berkata, ia adalah antara inisiatif kementeriannya menerusi SKM bagi meningkatkan penglibatan dan sumbangan koperasi dalam sektor agromakanan.

 “Bagi koperasi yang layak, mereka boleh memohon pembiayaan sehingga RM3 juta untuk mengembang projek berkaitan pengeluaran makanan pertanian utama, pemprosesan atau pengilangan agromakanan atau aktiviti hiliran makanan lain,” katanya.

Sehubungan itu Ewon menyarankan agar koperasi-koperasi khususnya yang terlibat dalam projek berkaitan agromakanan di Sabah merebut peluang mendapatkan pembiayaan itu.

Sehingga 31 Disember tahun lalu, sebanyak 172 koperasi terlibat secara khusus dalam sektor agromakanan meliputi aktiviti penternakan, perikanan, tanaman dan pembekalan input pertanian. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

KKFVA, STB capai persetujuan jalin kerjasama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular