HomeUtamaPengawal keselamatan cedera dalam kejadian pecah masuk Pejabat Imigresen Tenom

Pengawal keselamatan cedera dalam kejadian pecah masuk Pejabat Imigresen Tenom

Read Time:1 Minute, 6 Second

TENOM: Seorang pengawal keselamatan cedera selepas diserang serta diikat oleh dua orang suspek yang memecah masuk Pejabat Imigresen Tenom pada tengah malam Khamis.

Pengarah Imigresen Negeri Sabah, Datuk Sharifah Sitti Saleha Habib Yusoff berkata, pada 13 April 2023 (khamis) jam 12.41 tengahari satu laporan polis telah dibuat berkaitan kejadian pecah masuk Pejabat Imigresen Tenom.

“Pegawal keselamatan yang bertugas
memaklumkan telah diserang oleh dua orang suspek dan cedera dibahagian tapak tangan serta diikat sebelum suspek berkenaan masuk melalui pintu belakang pejabat dengan memotong grill (jeriji besi) dan memecah masuk pintu sekitar jam 1.00 pagi sehingga 2.00 pagi.

“Suspek telah meninggalkan pejabat dengan memanjat pagar belakang dan menaiki kereta jenis sedan berwarna merah yang menunggu dibelakang halaman pejabat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Sharifah Sitti, pihak forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kota Kinabalu tiba di Pejabat Imigresen Tenom sekitar jam 10.30 pagi untuk membuat pemeriksaan lanjut.

Katanya, pemeriksaan awal berkenaan dengan peralatan pejabat dan perkakasan masih berfungsi dan tidak berlaku kerosakan.

“Sehubungan dengan itu, jabatan ini memohon kerjasama orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini agar melaporkan ke pejabat polis yang berdekatan.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan menyebarkan apa-apa juga hebahan di mana-mana platform bagi mengelakkan sebarang spekulasi dan provokasi sehingga menjejaskan siasatan PDRM serta menggugat ketenteraman awam,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sydney dinobat pemenang peringkat serantau Anugerah Guru Berdedikasi Cambridge 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya