HomeIsu tempatan30 ahli PUSPANITA Sabah khatam Al-Quran

30 ahli PUSPANITA Sabah khatam Al-Quran

Read Time:46 Second

Kota Kinabalu :  Seramai 30 ahli Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (PUSPANITA) Cawangan Sabah baru-baru ini berjaya melaksanakan majlis khatam Al-Quran.

Majlis khatam yang diketuai Pengerusinya, Datin Seri Dr Nuinda Alias itu telah diadakan di Wisma PUSPANITA Tanjung Aru sejak awal Ramadan. 

Kejayaan tersebut diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran dan Majlis Berbuka Puasa PUSPANITA bersama Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Sabah, Datuk Seri Sr. Safar Untong yang juga Penasihat persatuan berkenaan.  

Pada majlis itu, PUSPANITA turut menyantuni dan menyampaikan duit raya kepada 20 anak yatim dan asnaf dari Kampung Seri Pandan, Putatan dan Rumah Anak Yatim dan Asnaf As Sakinah (RAY As-Sakinah) Papar.

Hadir sama, Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Makhzan Mahyuddin, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri, Datuk Rosmadi Datu Sulai, Timbalan Pengerusi PUSPANITA, Datin Faridah Jaafar, Timbalan SKN, Datuk Dr Ahemad Sade serta Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah, Datuk Saifulzaman Sangul.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular