HomeIsu tempatan600 pek bubur lambuk diagih kepada penjawat awam di RPKK

600 pek bubur lambuk diagih kepada penjawat awam di RPKK

Read Time:45 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu: Sebanyak 600 pek bubur lambuk diagih kepada warga penjawat awam di Rumah Persekutuan Kota Kinabalu (RPKK) di sini baru-baru ini.

Penyerahan bubur melalui Program Kongsi Rezeki Ramadan RPKK itu disempurnakan Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Makhzan Mahyuddin.

Program yang berlangsung di perkarangan RPKK itu juga adalah bertujuan untuk menyemarakkan lagi semangat kerjasama dalam kalangan warga penjawat awam RPKK.

Antara agensi yang terlibat dalam program anjuran Pejabat Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMS) itu adalah Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG), Pejabat Kesihatan Negeri Sabah, Pejabat Pendidikan, Jabatan Pertahanan Awam, Kem Wawasan Negara i-Lead Negeri Sabah dan Kombinasi Saudagar.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Rose Nani Mudin, Pegawai Kewangan Persekutuan Sabah, Rafidah Datu Derin dan Timbalan Pegawai Kewangan PMS, Sarah Said.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Maritim Malaysia tahan bot lakukan aktiviti pemindahan minyak tanpa kebenaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular