HomeIsu tempatanPEWASA komited perkasa golongan wanita

PEWASA komited perkasa golongan wanita

Read Time:50 Second

Kota Kinabalu: Persatuan Wanita Sabah (PEWASA) komited untuk terus memperkasa golongan wanita melalui pelbagai program latihan.

Presidennya, Anne Sidik berkata, dalam usaha mencapai matlamat tersebut, pihaknya menganjurkan seminar yang bertujuan memberi pendedahan kepada kaum hawa berkaitan isu keselamatan siber.

Katanya, selain itu kursus ilmu kemahiran sosial, ekonomi, perundangan dan pendidikan juga turut dilaksanakan. 

“PEWASA juga bekerjasama dengan Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) dan Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) Sabah bagi menangani permasalahan yang dihadapi wanita terutamanya golongan remaja dan wanita luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah R.M Jasni di Istana Seri Kinabalu, di sini semalam. 

Anne berkata, kunjungan tersebut bertujuan memperkenalkan ahli-ahli jawatankuasa yang baharu di samping menyampaikan ucapan terima kasih atas kesudian Toh Puan hadir merasmikan Sambutan Ulang Tahun PEWASA  Ke-45 dan Sambutan Hari Wanita Negeri Sabah pada 25 Februari lepas.

Turut hadir, Naib Presiden PEWASA, Datuk Surinam Sadikun dan Penolong Setiausaha PEWASA, Juriffah Safflie.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

58 beg darah berjaya dikutip, bantu pesakit memerlukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular