HomeIsu tempatanLPPB mahu penduduk setinggan segera dipindahkan

LPPB mahu penduduk setinggan segera dipindahkan

Read Time:1 Minute, 55 Second

KUNAK: Cadangan memindah lebih 2,500 penduduk setinggan yang menduduki tanah Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) di Kampung Bagiang dan Kunak Jaya di sini belum menemui jalan penyelesaian.

Sebaliknya, perbincangan antara LPPB dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak Norazlinah Arif menjurus kepada alternatif baharu, menyediakan dua lokasi pemindahan di Kampung Hampilan dan pesisir Sungai Kunak Jaya jika penduduk setinggan itu dipindahkan.

Pihak LPPB mahukan penghuni setinggan segera dipindahkan bagi membolehkan dua tapak perkampungan setinggan berkenaan dapat dikomersialkan.

Satu pihak lagi melibatkan, Wakil Rakyat Kunak, mahukan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor campur tangan bagi menyelesaikan isu tersebut.

Mesyuarat di Pejabat Urusetia Kunak Rabu lalu melibatkan LPPB, diketuai Pengerusinya, Datuk Masiung Banah dan Pengurus Besar, Rosemary Ahping bersama Norazlinah yang turut dihadiri Pegawai Daerah, Awang Mohd Yusoff, namun belum mencapai sebarang kata sepakat.

Mesyuarat itu turut dihadiri wakil Jabatan Tanah dan Ukur daerah, Jabatan Perhutanan dan Pihak Berkuasa Tempatan sebelum mengadakan lawatan di tapak pemindahan baharu yang dicadangkan.

Masiung memberi jaminan, LPPB bersedia memberi kerjasama sepenuhnya jika para penghuni setinggan dipindahkan di dua lokasi baharu yang dicadangkan, iaitu Kampung Hampilan dan pesisir Sungai Kunak Jaya.

” Kita menyedari akan wujud pelbagai kontroversi dalam usaha memindahkan penduduk setinggan. Namun saya berharap ada solusi holistik boleh dicapai menerusi perbincangan, ” jelasnya.

Sementara itu, Norazlinah yang ditemui di tapak cadangan pemindahan baharu setinggan itu, mahukan LPPB mendirikan rumah flat terlebih dahulu di kawasan lain, bagi menempatkan semula penduduk setinggan jika mereka dipindahkan.

Wakil Rakyat Kunak itu menuntut supaya kerajaan negeri mengekalkan status Kampung Bagiang dan Kunak Jaya sebagai rezab kampung.

” Saya akan berjumpa dengan Ketua Menteri dalam masa terdekat bagi menyelesaikan isu ini. Saya akan mengemukakan cadangan supaya kerajaan menyediakan kawasan baharu untuk LPPB sebagai alternatif menggantikan dua perkampungan setinggan itu terus dikekalkan, ” jelasnya.

Norazlinah heran, bagaimana LPPB memperolehi geran di tapak perkampungan tradisi itu pada tahun 1990 di Kampung Kunak Jaya dan 1998 di Bagiang sedangkan penduduk telah memohon tapak perkempungan itu sejak awal 1970.

” Saya dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Bagiang, saya tahu usaha nenek moyang kami memohon tapak perkampungan itu dan menatap lebih awal berbanding LPPB yang hanya mendapat hak milik tanah pada awal 90an.

Norazlinah mendakwa, pada masa kini terdapat 400 buah rumah di Kampung Bagiang dan lebih 100 rumah di Kunak Jaya telah didirikan di mana 90 peratus penduduknya adalah rakyat tempatan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

NDRC UMS perkukuh pengurusan bencana bersama pihak berkuasa tempatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular