HomeUtamaKelab Belia Siber Kota Kinabalu rai 50 orang kurang berkemampuan beli baju...

Kelab Belia Siber Kota Kinabalu rai 50 orang kurang berkemampuan beli baju raya

Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU : Sempena Ramadan dan Aidilfitri tidak lama lagi seramai 50 orang anak-anak yatim sekitar bandar raya Kota Kinabalu diraikan membeli baju raya di Pusat Beli-belah Servay Kota Kinabalu di sini hari ini.

Kelab Belia Siber Kota Kinabalu dengan kerjasama Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah berkongsi kegembiraan bagi merayakan ketibaan Syawal kepada golongan yang memerlukan.

Pengerusinya, Salmi Sarinoh berkata, program itu adalah satu inisiatif bagi mendekati dan menyantuni komuniti khasnya golongan yang kurang berkemampuan untuk membeli keperluan hari raya.

Menurutnya, program seumpama itu dirancang untuk dijadikan sebagai program tahunan persatuan memandangkan program itu bertepatan dengan konsep mendekati komuniti dan masyarakat.

“Kita berharap untuk tahun seterusnya, kita mampu meneruskan dan mengadakan lebih banyak program seumpamanya ini, berkongsi dengan mereka di bulan Ramadan dan Syawal.

“Semoga segala usaha murni yang kita lakukan akan terus diberkati oleh Allah dan sentiasa berjalan lancar dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Hadir sama Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Redonah Bahanda, Pengerusi Baitulmal Negeri Sabah, Datuk Dr. Omar Raisul As-Salam Syah Datuk Sulaiman Omar, Pengurus Servey Kk Plaza Kelvin Chang dan ahli jawatankuasa Kelab Belia Siber Kota Kinabalu serta 50 anak-anak yatim bersama keluarga mereka.

Beliau berharap program itu sedikit sebanyak dapat menceriakan sambutan hari raya kanak-kanak berkenaan pada tahun ini.

Menurut Dr. Omar Raisul untuk Program Jom Shopping Raya di Kota Kinabalu sebanyak RM7,500.00 (50 orang diperuntukkan, kawsan Bandau RM7,500.00 (50 orang) dan di Sandakan RM23,000.00.

RELATED ARTICLES
Utama

Letusan Gunung Ruang: MET Malaysia keluar Amaran Cuaca Penerbangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya