HomeUtamaKerjasama Kerajaan Negeri, media penting bantu sampaikan dasar kerajaan kepada rakyat

Kerjasama Kerajaan Negeri, media penting bantu sampaikan dasar kerajaan kepada rakyat

Read Time:55 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu: Gandingan kerjasama antara Kerajaan Sabah dan pengamal media dilihat amat penting dalam membantu menyampaikan hala tuju dan komitmen Kerajaan kepada rakyat di negeri ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Datuk Rosmadi Datuk Sulai berkata, kerjasama itu penting dalam memastikan maklumat yang disalurkan kepada rakyat tepat dan tidak diputar belit.

“Hasrat kerajaan adalah untuk memastikan kesejahteraan rakyat hingga ke peringkat akar umbi khususnya dalam pelaksanaan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang kini sudah memasuki tahun kedua pelaksanaan.

“Pelbagai cabaran kini dihadapi oleh kerajaan dalam memastikan maklumat dapat disampaikan kepada rakyat dengan tepat dan tidak diputar belit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi Media anjuran Jabatan Perkhidnatan Awan Negeri Sabah (JPANS) di sini semalam.

Rosmadi berkata, Kerajaan negeri akan mengenal pasti bentuk kerjasama yang dapat membantu media dalam menyampaikan hasrat kerajaan dengan tepat sekaligus memberi keyakinan kepada rakyat.

Terdahulu pada majlis itu, seramai 167 pengamal media hadir ke majlis yang julung kali diadakan bagi menghargai peranan dan bantuan media.

Turut diadakan, pelancaran penjenamaan semula Berita Perkhidmatan Awam Negeri kepada JPANSTV.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya