HomeSukanPemain perlu bersikap positif untuk capai kemenangan

Pemain perlu bersikap positif untuk capai kemenangan

Read Time:1 Minute, 30 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Pengendali Sabah FC Datuk Ong Kim Swee mahu momentum kemenangan yang dicapai selepas menewaskan Kelantan United FC dalam saingan Piala FA di Stadium Likas semalam dapat terus dikekalkan.

Katanya, kemenangan yang dicapai itu mampu diulangi pada aksi saingan Liga Super jika para pemain sentiasa menunjukkan sikap yang positif dalam setiap perlawanan.

Sabah FC sebelum ini tewas dua perlawanan dan seri sekali dalam saingan Liga Super ditempat lawan.

“Sudah tentu kita ingin mengekalkan momentum kita untuk mencapai kemenangan tetapi setiap perlawanan yang kita lalui bukan satu perlawanan yang kita boleh ambil mudah walaupun bermain di tempat sendiri.

“Kalau kita mempunyai sikap positif dan seperti mana kita tunjukkan hari ini (malam tadi), saya percaya kita mampu mengulangi pencapaian seperti mana yang kita lakukan malam ini (malam tadi),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas perlawanan Pusingan 16, Piala FA 2023 di Stadium Likas, malam tadi.

Pada aksi perlawanan itu, Sabah berjaya menewaskan Kelantan United 2 – 0 hasil jaringan ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar pada minit ke-13 dan Stuart John Wilkin pada minit ke-58, sekali gus melayakkan diri ke pusingan suku akhir Piala FA.

Dalam pada itu, Kim Swee turut menyifatkan kemenangan pasukan Sabah malam tadi cukup penting dan ianya tidak dibolosi selain mengekalkan rentak kemenangan bermain di tempat sendiri.

“Ini satu kemenangan yang amat penting selepas kita gagal mendapat kemenangan dalam tiga perlawanan Liga Super sebelum ini dan yang lebih penting kita dapat menjaringkan gol. Perkara paling positif yang saya dapat lihat ialah kita tidak dibolosi.

“Ini penting selepas kita dibolosi beberapa kali dalam perlawanan sebelum ini dan hari ini (malam tadi) pemain menunjukkan satu semangat juang yang cukup tinggi dan bermain sebagai satu pasukan.

“Itu lebih penting bagi saya terutama dengan mengekalkan corak kemenangan kita di tempat sendiri,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala SMJ : Persiapan Sabah FC untuk lihat kekuatan, kelemahan pasukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya