Pasukan petugas khas tangani isu curi bekalan elektrik ditubuhkan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 24 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu: Sabah menubuhkan sebuah pasukan petugas khas bagi menangani isu curi bekalan elektrik oleh penghuni setinggan di negeri ini yang sering terputus bekalan di negeri ini.

Perkara itu diumumkan Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya menerusi satu laporan eksklusif yang disiarkan sebuah stesen televisyen swasta bulan lalu.

Kegiatan penyambungan elektrik secara haram itu turut mengundang bahaya serta telah meragut tujuh nyawa sejak 2016.

Menerusi laporan itu, kegiatan yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab itu turut menyembunyikan wayar yang disambung secara haram di bawah tanah seperti saluran paip dan longkang.

Berikutan itu, lokasi berlakunya kegiatan curi elektrik itu telah berjaya dihidu pihak berkuasa khususnya Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB); polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan turut membuat tinjauan bersama Shahelmey.

Penyambungan elektrik secara haram yang disembunyikan dibawah tanah itu dilihat bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Shahelmey dalam pada itu berkata, pihak tidak bertanggungjawab khususnya penghuni setinggan akan melihat kawasan kosong yang tidak diganggu bagi mencari jalan bagi melaksanakan kerja haram berkenaan.

“Dimana sahaja ada ruang-ruang kosong dimana bila mereka tengok tidak diganggu, mereka akan mencuba nasib untuk mendirikan struktut rumah mereka, mula-mula secara kecil-kecilan tetapi sekiranya tidak diganggu atau tidak dibanteras maka rumah-rumah tersebut berkembang dari masa ke semasa.

“Jadi kita dipihak Kerajaan Negeri amat mengalu-alukan ‘task force’ tersebut ditubuhkan dengan tujuan untuk memantau dari masa ke semasa tentang risiko pencerobohan tanah-tanah terbiat atau tanah negeri yang menjadi tumpuan kepada setinggan,” katanya.

Difahamkan lebih 30,000 setinggan menyumbang kepada berleluasanya kegiatan curi elektrik di negeri ini manakala sebanyak 25 peratus gangguan bekalan elektrik di Sabah berpunca dari aktiviti penyambungan elektrik secara haram.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *