50 golongan asnaf di Sabah terima kit kebajikan makanan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 24 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu: Seramai 50 penerima terdiri daripada golongan asnaf di negeri ini menerima kit kebajikan makanan yang disumbangkan oleh Bank Rakyat.

Sumbangan yang disalurkan melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) itu merupakan inisiatif Bank Rakyat dalam menjayakan program semarak Ramadan FAMA.

FAMA dalam satu kenyataan berkata, sebanyak RM600,000 disalurkan kepada FAMA untuk disumbangkan kepada hampir 4,000 orang yang terdiri daripada golongan asnaf di seluruh negara dalam bentik kit kebajikan.

“Daripada jumlah itu, seramai 50 orang penerima pada hari ini khususnya di Sabah telah mendapat manfaat dari program ini.

“Ini merupakan tahun kedua Bank Rakyat bersama FAMA untuk menjayakan program ini,” menurut kenyataan itu di sini semalam.

Program Semarak Ramadan yang menjadi aktiviti FAMA sejak 2017 itu akan menjelajah ke 29 lokai di seluruh negara pada tahun ini.

Ia juga akan mensasarkan lokaliti luar bandar dan diharap akan dapat mendekatkan lagi FAMA bersama golongan sasar di samping dapat mengimarahkan bulan Ramadan dengan pelbagai aktiviti kebajikan bersama komuniti setempat.

Bagi negeri Sabah, pelancaran program itu telah disempurnakan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Chan Foong Hin di Bazar Ramadan UMS semalam..

Setiap lokasi jelajah Ramadan kelak turut akan diadakan aktiviti penyampaian perkhidmatan FAMA dan Bank Rakyat bagi memudahkan komuniti setempat memahami peranan dan tugas yang dilaksanakan bagi memenuhi keperluan pihak berkepentingan.

Penganjuran program seperti ini merupakan inisiatif serampang dua mata di mana bukan sahaja kita dapat mendekatkan peranan agensi ke lokasi program, malah dapat membawa bersama kerjasama lain-lain pihak yang turut sama ingin menyumbang.

Jelajah Ramadan ini merupakan satu konsep yang kita perkenalkan untuk kita bergerak ke lapangan bagi menyantuni golongan yang memerlukan dan masyarakat semasa bulan Ramadan. – SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *