Program menyatupadukan masyarakat sentiasa disokong

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 15 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Tamparuli : Kerajaan negeri sentiasa menyokong usaha pelaksanaan program yang mampu menyatupadukan masyarakat khususnya didalam bulan Ramadan.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Jahid Jahim berkata, program yang dilaksanakan di bulan Ramadan juga mampu mengeratkan lagi silaturrahim dalam kalangan umat Islam.

“Pada bulan mulia ini, saya menyeru agar semua masyarakat khususnya umat Islam untuk bersama-sama membina silaturrahim, memelihara ukhuwah sesama insan agar mendapat barakah serta rahmat Allah SWT.

“Sepanjang bulan Ramadan, silaturahim merupakan hal yang dituntut dalam hidup bermasyarakat. Binalah ukhuwah sesama insan meskipun berlainan agama dan fahaman,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika merasmikan Progran Santunan Kasih Ramadhan 1444H / 2023M di Masjid Ubudiyyah Pekan Tamparuli, di sini semalam.

Hadir sama Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam dan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Katanya, hubungan silaturahim sempena Ramadan juga dapat menjauhkan manusia daripada sebarang perkara yang memecah belahkan umat.

“Sememangnya hidup kita sentiasa berdepan dengan cabaran dan dugaan hidup, sehingga ada kalanya membuatkan seseorang itu mudah cepat putus asa.

“Namun kita mengharapkan supaya perhubungan kita khususnya di Sabah kekal mekar, mesra dan erat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada pihak penganjur terutamanya Masjid Ubudiyyah atas penganjuran ini,”.

“Insyaallah mana-mana mengikut kapasiti kami sebagai pemimpin, kita akan usahakan apa sahaja yang boleh dilakukan bagi memastikan nasib rakyat sentiasa terbela,” katanya.

Pada program tersebut, seramai 50 orang penerima dalam kalangan asnaf, anak yatim dan golongan mualaf menerima sumbangan daripada pihak MUIS. – SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *