HomeIsu tempatanSemangat perpaduan, saling menghormati perlu terus dijaga dan disuburkan

Semangat perpaduan, saling menghormati perlu terus dijaga dan disuburkan

Read Time:1 Minute, 6 Second

Nabawan : Semangat perpaduan dan saling hormat menghormati tanpa mengira agama dan bangsa khususnya di bulan Ramadan perlu terus dijaga dan disuburkan.

Ahli Parlimen Pensiangan Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, ia termasuklah perlu terus diperluas ke peringkat akar umbi pada masa akan datang.

Katanya, pelaksanaan majlis berbuka puasa bersama pemimpin merupakan amalan tahunan sebagai landasan bagi memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat khususnya di Parlimen Pensiangan.

“Sempena Ramadan ini, kita mengadakan program berbuka puasa ke masjid dan surau di sekitar kawasan Parlimen selain meraikan golongan terpilih untuk menerima bantuan serta sumbangan.

“Program ini merupakan acara tahunan yang telah menjadi amalan saya sebelum menjadi Ahli Parlimen” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Arthur yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi turut menyeru agar masyarakat di negara ini menggunakan setiap peluang yang ada bagi memperkukuhkan semangat perpaduan melalui pelbagai aktiviti melibatkan semua kaum. 

Katanya, usaha gigih yang berterusan perlu dilaksanakan bagi menggalakkan budaya keharmonian, perpaduan dan kesejahteraan negara.

Tambahnya, Ramadan juga adalah antara detik terbaik pencetus perpaduan dalam memacu kejayaan negara. 

“Perpaduan memainkan peranan yang penting dalam membentuk sesebuah negara yang stabil disamping mampu meningkatkan ekonomi di sesebuah negara. 

“Dengan wujudnya masyarakat yang aman dan harmoni, ianya mampu menarik pelabur asing untuk menjalankan aktiviti perdagangan sekaligus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara yang memberikan manfaat kepada rakyatnya,”katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Orang ramai dijemput hadir ke pameran khas karya seni Tuan Yang...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular