HomeIsu tempatanMRS bakal terima bayaran RM9,280 bagi tujuan pelesenan royalti

MRS bakal terima bayaran RM9,280 bagi tujuan pelesenan royalti

Read Time:1 Minute, 4 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) bersetuju untuk membayar sebanyak RM9,280 kepada Music Rights Sabah (MRS) Berhad bagi tujuan pelesenan royalti penggunaan lagu etnik tempatan di negeri ini.

MRS dalam satu kenyataan berkata, pembayaran itu adalah bagi penggunaan lagu etnik bagi acara Pesta Kaamatan UPKO 2023 peringkat nasional yang dijadualkan akan diadakan pada 6 dan 7 Mei depan bertempat di Dewan Tun Hamdan Tamparuli.

“Perkara itu telah diputuskan dalam satu sesi taklimat dan perjumpaan yang diadakan diantara UPKO dan MRS di sini pagi tadi,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Pelesenan royalti penggunaan lagu etnik tempatan itu adalah merangkumi penggunaan lagu etnik dalam pelbagai acara seperti pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan, Rombituon Kaamatan, Gala Night (Fund Raising Dinner), persembahan artis tempatan, persembahan karaoke terbuka, persembahna tarian kebudayaan, koir, busking dan penggunaan lagu / muzik etnik di gerai-gerai pameran dan jualan.

Turut termasuk adalah acara sambutan sama yang dijangka diadakan di kawasan UPKO Bahagian Kadamaian, Kota Belud dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan MRS, Asmin Mudin berkata, pihaknya merakamkan penghargaan terima kasih atas keprihatinan dan tanggungjawab UPKO dalam membela nasib penggiat seni tempatan.

“UPKO tidak putus-putus memainkan peranan mereka dalam memenuhi tuntutan dan aspirasi rakyat terutama golongan penggiat seni tempatan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular