HomePendapatEKONOMI MALAYSIA , AMALAN ESG SERTA PENERAPAN NILAI MADANI

EKONOMI MALAYSIA , AMALAN ESG SERTA PENERAPAN NILAI MADANI

Read Time:10 Minute, 16 Second

Oleh Dino Ng Shih Fang, Wan Azrain Adnan, Hanafi Mohd Ali

Malaysia akan melakukan semakan semula Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) pada suku ketiga tahun ini di mana NIMP 2030 akan menumpukan kepada sektor ekonomi baharu, berlandaskan Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) yang akan memberi manfaat dalam merealisasikan aspirasi negara untuk menjadi pintu masuk utama Asia.

Kajian semula NIMP 2030 yang akan meneliti isu utama seperti keseluruhan reformasi struktur, mempertingkatkan ekonomi, mewujudkan ekosistem yang sesuai untuk industri sasaran dan membina kapasiti perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam menerima prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) untuk membolehkannya bersedia dengan permintaan pasaran global.

Memetik kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada feb 2023, berkata semakan itu nanti akan diselaraskan dengan tumpuan ESG kerajaan yang akan mengutamakan pelaburan boleh memberi manfaat kepada semua pihak.

CABARAN MALAYSIA SEBAGAI NEGARA DAN SEBAGAI SEBUAH SYARIKAT DI MALAYSIA.

Cabaran ekonomi Malaysia ketika ini antaranya adalah mengenai ketidaktentuan ekonomi dan pasaran, persepsi amalan tatakelola yang rendah seperti indeks tanggapan Rasuah (CPI)  serta kegusaran pelabur mengenai politik yang kurang stabil.

Manakala bagi Syarikat pula, Risiko Perniagaan terhadap impak ke atas persekitaran, pekerja dan pelanggan, budaya korporat, ketelusan , hormat dan kepercayaan di antara majikan dan pekerja.

Ketika ini, ESG merupakan satu ‘buzzword’ yang popular di media massa dan media sosial di seluruh dunia dan Malaysia. ESG di bincangkan secara meluas oleh pelbagai lapisan masyarakat dan pemegang taruh (stakeholders) kerana ianya melibatkan perkara-perkara yang mempengaruhi kehidupan seharian.

Secara am-nya, ESG adalah singkatan kepada Environmental, Social & Governance (ESG), di mana ESG Index adalah satu indeks yang diguna-pakai untuk menilai amalan serta pelaksanaan perkara yang merangkumi:

  • Environmental: amalan organisasi mengenai kelestarian alam sekitar
  • Sosial: amalan mengenai organisasi perkara berkaitan pekerja, pembekal, pengguna dan komuniti setempat
  • Governance: amalan organisasi mengenai perkara seperti – kepimpinan/ pengurusan syarikat, audit & kawalan dalaman, hak pemegang taruh

Di dalam perbincangan ESG, dua isu utama yang sering di timbulkan ialah – perubahan iklim (climate change) dan kesejahteraan pekerja. Menurut laporan 2022 World Economic Forum Global Risks Perception Survey, lima risiko global teratas untuk sepuluh tahun akan datang adalah – perubahan iklim, cuaca melampau, kehilangan biodiversiti (biodiversity loss), penghakisan kesatuan sosial (social cohesion erosion) dan krisis punca pendapatan (livelihood crises).

Justeru itu, amalan ESG oleh semua pihak di Malaysia, termasuklah – kerajaan, organisasi dan masyarakat, adalah amat penting untuk memastikan kemakmuran ekonomi, keharmonian sosial serta kelestarian alam sekitar. Ketidakpatuhan amalan ESG yang mampan boleh memberi kesan ekonomi, politik dan sosial kepada negara dan rakyat

KEPATUHAN ESG DI MALAYSIA

Pada tahun 2014,  FTSE4Good Bursa Malaysia Index telah dilancarkan, dengan 24 buah syarikat yang layak. Ianya merupakan indeks/ penanda yang diguna-pakai oleh Bursa Malaysia untuk menilai pematuhan ESG syarikat berdasarkan 14 tema, termasuklah – perubahan iklim/ ‘climate change’, anti  rasuah, tadbir urus korporat/ corporate governance dan pekerja.

Pada Februari 2021, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia menyatakan bahawa hanya 75 buah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia yang layak untuk FTSE4Good Bursa Malaysia Index (F4GBM). Ini hanyalah 8% daripada jumlah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia (940 buah syarikat).

Pada masa yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyatakan bahawa menjelang 2030, KWSP menyasarkan untuk membuat seluruh pelaburannya bersandarkan indeks ESG. 

Pada Julai 2021, Jabatan Negara Amerika Syarikat telah mengumumkan Trafficking in Persons (TIP) Report 2021, di mana Malaysia telah diturunkan taraf dari Tier 2 ke Tier 3, iaitu tier terendah di dalam TIP Report. Laporan tersebut menyatakan bahawa Malaysia telah di nilai sebagai tidak memenuhi standard minima untuk membanteras isu pemerdagangan manusia serta tidak membuat tindakan yang signifikan untuk menangani isu tersebut.

Penurunan taraf ini melibatkan laporan serta dakwaan mengenai eksploitasi pekerja asing di dalam sektor perladangan, pembuatan dan pembinaan di Malaysia, terutamanya isu perumahan pekerja, gaji setimpal dan masa bekerja.

Sejurus selepas TIP Report 2021 di umumkan, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) telah mencadangkan agar Kerajaan Malaysia menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja untuk mendalami isu ini secara menyeluruh. Namun begitu, cadangan tersebut tidak dilaksanakan. Maka tidak menghairankan di dalam Trafficking in Persons (TIP) Report 2022, Malaysia kekal di dalam Tier 3.

Dakwaan mengenai eksploitasi pekerja telah menyebabkan Amerika Syarikat telah mengharamkan import beberapa syarikat Malaysia yang terlibat di dalam sektor perladangan dan pembuatan, iaitu – Top Glove, Sime Darby Plantation dan FGV.

Sekatan import ke atas Top Glove telah di batalkan selepas satu tahun pada September 2021. Sekatan import dua-tahun ke atas Sime Darby Plantation pula baru di batalkan pada Februari 2023. Manakala, Ketua Pegawai Eksekutif FGV di laporkan berkata bahawa FGV menjangka sekatan import akan di batalkan pada penghujung tahun 2023.

Keputusan ini berasaskan pemerhatian serta analisa yang menunjukkan bahawa syarikat-syarikat yang mematuhi indeks ESG memiliki daya-tahan yang lebih tinggi terhadap pergolakan pasaran.

Secara am-nya, para pelabur di seluruh dunia semakin sensitif dan teliti di mana mereka membuat pelaburan. Semakin ramai pelabur menggunakan indeks ESG untuk membuat penilaian seterusnya keputusan pelaburan mereka.

PENDEKATAN MALAYSIA MADANI

Malaysia Madani bertunjangkan sikap saling menghormati, meraikan kepelbagaian dan menjadi medan dialog peradaban.

Kerangka Malaysia menjadi pemacu kewujudan masyarakat maju dan bertamadun berdasarkan ilmu pengetahuan, tradisi, khazanah dan kearifan tempatan.

Konsep Malaysia Madani diperkenalkan Perdana Menteri sebagai usaha mengemudi serta mengangkat semula martabat dan kegemilangan negara di persada dunia.

Ia berteraskan enam rukun iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.

Melalui Pendekatan itu, rakyat boleh  berkongsi kepercayaan dan harapan mereka kepada kerajaan dan menjadikan rakyat Malaysia hidup di dalam kepelbagaian etnik,  bangsa, agama dan kepercayaan secara harmoni.

Malah rakyat mendapat peluang untuk saling bekerjasama yang tidak membataskan kesamarataan di dalam ruang dan peluang di dalam pelbagai bidang.

ESG DAN MALAYSIA MADANI SEPINTAS LALU

Visi dan polisi negara yang digariskan kerajaan secara progresif ini bertepatan dengan nilai yang sedang diamalkan dunia ketika ini.

Apabila syarikat-syarikat terutamanya syarikat korporat melaksanakan pelbagai visi dan menghargai nilai ESG, ianya  bukan hanya memberi manfaat kepada Alam Sekitar, Sosial, dan budaya  malah ianya mampu memberikan nilai yang tinggi di dalam tadbir urus dan mendapat sokongan daripada kerajaan serta pelabur-pelabur luar.

framework Malaysia Madani

Organisasi baik dari sektor kerajaan mahupun swasta dapat merangka satu halatuju yang holistik, penetuan sasaran yang ditetapkan secara terbuka, penyelesaian masalah yang inovatif serta mengamalkan budaya pengurusan yang telus dan sifar dari rasuah serta jaminan satu tatakelola yang baik.

Pastinya satu ekosistem yang sangat sihat dan mampu menarik perhatian pelanggan, rakaian sistem pembekalan dapat dibentuk  malah kepercayaan masyarakat di dalam satu satu isu juga akan dapat diraih dan mendapat sokongan.

PERGERAKAN ESG SECARA GLOBAL, MADANI MALAYSIA SECARA LOKAL

Dilaporkan bagi tahun 2022, aset dana ESG secara global telah mencapai kira-kira USD 2.5 Trilion.

Pertumbuhan di kawasan eropah juga menjadikan faktor penarik utama secara global, dimana 83 % dana ESG bernilai USD 40 Bilion mengalir semasa Q4 2022.

Menurut laporan Morningstar , Di tengah latar belakang makroekonomi yang penuh dengan tekanan inflasi yang berlanjutan, kenaikan  bunga, dan kekhuatiran mengenai  resesi yang masih ada, tiga bulan terakhir tahun 2023 menyaksikan aliran dana kelastarian dunia meningkat menjadi USD 37 bilion, 50% lebih tinggi daripada USD 24.5 bilion (angka yang dinilai semula) yang dilihat pada Q3, dan 22% lebih tinggi dari arus dana Q2.

Bagaimanapun, dunia tidak bergerak ke arah kelestarian pada kadar yang seragam. Menurut Skor MSCI pada jun 2021  jumlah keseluruhan skor ESG :-

  • Eropah :- 7.8 – 8.6
  • Amerika Utara:- 5.4 – 6.0
  • Asia Pasifik kecuali China :- 5.0
  • China :- 3.3

Penerimaan pelaburan ESG di Eropah kekal sama pada tahun 2022 berbanding dengan tahun 2021, dan Amerika Utara telah melihat momentum penggunaan nilai ESG untuk bersaing dengan Eropah dan secara global, dengan keluaran dana Amerika Utara pada tahun 2022.

Bagi Asia pula, ianya masih rendah dalam penggunaan nilai ESG, walaupun ia mendapat momentum, ia masih jauh jika dibandingkan dengan pasaran yang membangun secara global.

Malaysia adalah salah satu negara membangun dan harus  melihat peluang yang lebih besar serta mengejar jurang ESG bagi  terus menarik pelaburan asing ke dalam negara.

Menurut data suku ke 4 2022, kadar pertumbuhan dalam negara ( KDNK) adalah 7 % namun laporan penuh bagi 2022,  merekodkan prestasi memberangsangkan dengan mencatat pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak 8.7% untuk tahun 2022, melebihi anggaran 6.5% – 7.0% yang dibuat pada bulan Oktober 2022. Prestasi pertumbuhan ini juga jauh melebihi pertumbuhan ekonomi 3.1% yang dicapai tahun 2021

Antara indikator ekonomi yang telah menunjukkan prestasi kukuh pada suku keempat 2022 adalah:

  1. Permintaan domestik terus dipacu oleh penggunaan swasta yang disokong oleh prospek pasaran buruh yang lebih baik dan keyakinan perniagaan yang kekal positif. Pasaran buruh mengekalkan tahap guna tenaga penuh dengan kadar pengangguran berkurang kepada 3.6% pada S4 2022 (S3 2022: 3.7%).
  2. Ringgit Malaysia bertambah kukuh 5.3% berbanding dollar Amerika syarikat. Ringgit Malaysia juga telah turut kukuh berbanding rakan perdagangan utama.
  3. Perdagangan luar terus mencatat pertumbuhan dua digit di samping prestasi pelaburan langsung asing (FDI) yang memberangsangkan. Jumlah dagangan berkembang sebanyak 14.8% kepada RM718.7 bilion dengan eksport dan import kasar masing-masing meningkat sebanyak 11.8% dan 18.7%. Malaysia merekodkan FDI bersih sebanyak RM19.3 bilion pada S4 2022 (S3 2022: RM12.3 bilion).

Namun Isu perubahan iklim pula telah menyaksikan pelbagai bencana alam berlaku di Malaysia dan seluruh dunia. Ini termasuklah – banjir, tanah runtuh, kenaikan suhu, peningkatan paras laut, jerebu dan pencemaran sungai.

Sebagai contoh, fenomena kepala air dan banjir, telah berlaku di Gunung Jerai, Kedah pada tahun 2021. Baru-baru ini, Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran fenomena bahang cuaca panas yang melanda Semenanjung Malaysia. Manakala negara jiran Thailand juga di jangka di landa cuaca panas yang tinggi sehingga mencecah 54 Celsius!

Bencana alam menyebabkan kehilangan nyawa manusia, kerosakan harta benda serta membahayakan kesihatan awam. Akibatnya, jumlah peruntukan yang besar terpaksa di belanjakan untuk membantu mangsa bencana, memperbaiki kerosakan infrastruktur dan memulihkan aktiviti ekonomi. 

Sekiranya tiada langkah menyeluruh di ambil untuk menangani isu perubahan iklim, kejadian bencana alam di jangka berlaku dengan lebih kerap serta pada skala yang lebih besar dan membinasa.

ESG: Malaysia Bertindak

Semua pemegang taruh di Malaysia – kerajaan, organisasi dan masyarakat, mesti bersedia untuk mengubah budaya kerja dan gaya hidup dengan menerapkan amalan ESG di dalam aktiviti seharian. Malaysia perlu segera merancakkan pelaksanaan amalan ESG untuk mencapai sasaran sebagai sebuah negara karbon-nuetral pada tahun 2050.

Pada Mac 2023, semasa menyampaikan ucaptama di acara Invest Malaysia 2023, Perdana Menteri Malaysia di laporkan berkata bahawa Bursa Malaysia akan bekerjasama dengan London Stock Exchange Group (LSEG) untuk melancarkan platform Pelaporan Kemampanan Berpusat, di mana syarikat senaraian awam mahupun perusahaan kecil dan sederhana (PKS) boleh mengukur impak pelepasan karbon mereka. Ini akan dapat membantu syarikat untuk mendedahkan data ESG yang selari dengan standard global.

Pada Mac 2023 juga, Bursa Carbon Exchange, iaitu anak syarikat Bursa Malaysia, the berjaya mengadakan lelongan kredit karbon pertama Malaysia. Ini selaras dengan persetujuan yang di capai ketika UN Climate Change Conference (COP26) pada tahun 2021 berkenaan pasaran karbon yang telus dan bertanggungjawab.

Pelbagai inisiatif berkaitan ESG juga telah di ambil oleh organisasi di Malaysia, antaranya:

  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyatakan bahawa menjelang 2030, KWSP menyasarkan untuk membuat seluruh pelaburannya bersandarkan indeks ESG
  • dana pelaburan berteraskan ESG telah dilancarkan seperti – Dana ESG Mustadamah oleh MIDF Asset Management, HL Global ESG Fund oleh Hong Leong Asset Management
  • Bank Islam telah mengambil langkah untuk menilai permohonan pembiayaan baharu berdasarkan risiko ESG. Ia menyasarkan untuk menggandakan aset Syariah-ESG kepada RM 4 bilion pada akhir tahun 2025, berbanding RM 2.62 bilion pada Jun 2022
  • Hong Leong Bank menyasarkan pinjaman berkaitan ESG yang di luluskan kepada syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan meningkat sekali ganda dalam tempoh tiga hingga ke lima tahun, di mana RM 2.7 bilion pinjaman berkaitan ESG telah diberikan kepada PKS
  • Bursa Malaysia menandatangani Memorandum Kerjasama (MOC) dengan Petronas untuk membantu memacu penerimaan dan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus korporat (ESG) melalui Platform Kelestarian Berpusat Bursa Malaysia (Platform).

Masyarakat semakin peka kepada isu ESG, dan mahukan penyelesaian yang cepat dan mampan. Para pelabur juga semakin selektif dan menggunakan indeks ESG untuk membuat keputusan pelaburan mereka. Analisa menunjukkan bahawa syarikat-syarikat yang mematuhi indeks ESG memiliki daya-tahan yang lebih tinggi terhadap pergolakan pasaran.

Malaysia telah meletakkan sasaran ESG yang tinggi. Sasaran ini tidak akan tercapai tanpa kerjasama serta perubahan pemikiran dan sikap oleh semua pemegang taruh. Pemikiran ‘business as usual’ dan ‘the cheapest option is the best solution’ mesti di hapuskan.

dan kini Sudah tiba masa-nya usaha dan tenaga di tumpukan untuk menjana buzz-word kepada busy-work.

RELATED ARTICLES
Utama

MTCP : Diplomasi Budaya 2024 kukuhkan hubungan dua hala

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular