HomeUtamaHarga tambang penerbangan berdasarkan had siling perlu diwujudkan

Harga tambang penerbangan berdasarkan had siling perlu diwujudkan

Read Time:1 Minute, 5 Second

Tawau : Satu mekanisme penetapan harga tambang penerbangan berdasarkan had siling tertentu dicadang diwujudkan bagi mengekang kenaikan harga tambang tiket yang terlalu tinggi khususnya pada musim perayaan.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Or Shahelmey Yahya berkata, Kerajaan juga telah mengutarakan beberapa mekanisme kepada syarikat penerbangan untuk mengawal harga tiket penerbangan yang terlalu tinggi.

“Mengenai harga tiket penerbangan yang tinggi ini, saya mengikuti perkembangan mengenai isu ini yang hangat diperkatakan di media sosial.

“Kita telah mengutarakan kepada syarikat penerbangan untuk melihat bagaimana satu mekanisme untuk mengawal harga tiket supaya ianya tidak terlalu tinggi,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri di sini hari ini.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata, pihaknya turut dimaklumkan kadar tambang yang tinggi itu adalah berdasarkan satu sistem program sebuah syarikat penerbangan.

“Justeru saya berpendapat atau mencadangkan agar sistem program otu boleh mengenakan satu had siling walaupun setinggi mana permintaan kepada sesuatu masa destinasi dalam negeri ini sepatutnya dikenakan had harga siling,” katanya.

Semalam media melaporkan harga tiket sebuah syarikat penerbangan mencecah RM5, 437 untuk kelas ekonomi bagi penerbangan sehala dari Kuala Lumpur ke Tawau Sabah 

Harga bagi penerbangan para 20 April menjelang Aidilfitri itu terus mendapat reaksi dan komen daripada para pengguna khususnya yang mahu balik ke negeri ini. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

UMS utamakan kebajikan pelajar, sedia bantu Crisnanalina daftar pengajian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular