HomeUtamaSHMMP : 244 premis perniagaan di Sabah diperiksa

SHMMP : 244 premis perniagaan di Sabah diperiksa

Read Time:1 Minute, 13 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Putatan : Sebanyak 244 premis perniagaan telah diperiksa di seluruh Sabah sepanjang pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2023 yang bermula 15 April lalu.

Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri  dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah Georgie Abas berkata, dalam pemeriksaan itu tiada sebarang tindakan kes dihasilkan.

“Manakala bagi SHMMP Tahun Baru Cina 2023 yang lalu, sebanyak 1,292 pemeriksaan dijalankan dan sebanyak satu kes dihasilkan di bawah kesalahan Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011 (Penandaan Harga bagi Barangan dan Caj Perkhidmatan) 2020 dengan nilai rampasan sebanyak RM35 dan nilai kompaun sebanyak RM100.

“ Untuk rekod bagi SHMMP tahun lalu, sebanyak 4,667 pemeriksaan telah dijalankan di seluruh Sabah bagi lima SHMMP iaitu Tahun Baru Cina, Hari Raya Puasa, Pesta Kaamatan, Deepavali dan Krismas,” katanya.

Terdahulu, Georgie turut melancarkan dan membuat tinjauan sempena SHMMP Hari Raya Puasa 2023 peringkat negeri Sabah di sini hari ini.

Georgie berkata, daripada pemeriksaan tersebut sebanyak 19 kes dihasilkan di bawah kesalahan Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011 (Penandaan Harga bagi Barangan dan Caj Perkhidmatan) 2020 dengan nilai rampasan sebanyak RM1,130.85 dan nilai kompaun sebanyak RM2,100.00 

“Adalah diingatkan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah Skim ini.

“Mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalti seperti yang ditetapkan,” katanya.  –SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Bakal jemaah haji Sabah perlu siapkan diri dari aspek mental, kekuatan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya